13 Tempat Makan Malam di Sungai Besar, Selangor | Sungai Besar adalah sebuah bandar besar yang berada di daerah Sabak Bernam, Selangor. Bandar ini bukanlah sebuah bandar yang asing lagi kerana Sungai Besar ini amatlah popular dengan keindahan sawah padi yang terbentang luas. Oleh itu, banyak inap desa ditubuhkan disini.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda, 13 tempat makan best yang anda boleh kunjungi di Sungai Besar, Selangor

 

1. BURGER STOP WESTERN & GRILL – MAKAN MALAM

Bagi korang yang inginkan makan malam sambil ditemani sawah padi? Burger Stop Western & Grill adalah jawapannya. Kalau korang nak tahu, dekat sini terdapat pelbagai jenis hidangan Western yang korang dapatkan. Antaranya seperti Chicken Chop, Lamb Chop, Butter Milk Chicken Butter Rice, Burger dan banyak lagi. Korang pasti akan gembira punyalah kerana harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan dengan portion yang dihidangkan. Bukan itu sahaja, tempat ini juga sesuai bagi korang yang ingin makan bersama keluarga atau lepak bersama rakan-rakan.

Lokasi Burger Stop ini di parit 7 1/2 timur Jalan baru, 45300 Sungai Besar, Selangor dan dibuka pada Khamis hingga Isnin pada 3 petang hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 011-35335893.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/BS.westerngrill/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/burgerstop_westernandgrill/

 

2. WARONG LALAPAN – MAKAN MALAM

Korang dah bosan nak makan makanan Local dan Western? Jangan risau, korang boleh cuba makan di Warong Lalapan ini. Warong Lalapan ini adalah salah satu restoran yang menghidangkan citarasa nusantara jawa timur asli yang terbaik di daerah Sabak Bernam ini. Dekat sini, mereka menyediakan banyak hidangan jawa timur  dengan harga yang berpatutan. Bukan itu sahaja, restoran ini amatlah sesuai bagi korang yang ingin suasana yang tenang. Korang pasti akan puas hati punyalah!

Warung Lalapan di dekat, Kampung Sungai Burong, 45300 Sungai Besar, Selangor dan dibuka setiap hari kecuali Jumaat pada 11:50 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 011-20838481. 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/WarongLalapanSungaiBesar/

 

3. RESTORAN D’NENY CORNER – MAKAN MALAM

Korang nak makan masakan panas Ala Thai dan Sup tapi tak tahu dekat mana yang best?  Korang boleh cuba singgah di Restoran D’Neny Corner. Kalau korang nak tahu, mereka menyediakan banyak masakan panas Ala Thai & Sup yang best-best dekat sini. Antaranya ialah Sup Tulang, Sup Belut, Sup Kambing, Sup Ekor dan banyak lagi. Selain sup, korang kena cuba signature mereka iaitu Tomyam Kelapa. Mereka menghidangkan Tomyam di dalam buah kelapa. Nampak pelik tapi unik dan sedap tau. Korang pasti akan suka punyalah. Selamat mencuba!

Lokasi Restoran D’Neny Corner ini di Jalan Angkasa, Kampung Tebuk Pulai, 45200 Sungai Besar, Selangor dan dibuka setiap hari pada 4 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau imgin menempah, boleh hubungi: 018-2241544.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/dnenycorner/

 

4. D’MIZIEE WARONG – MAKAN MALAM

Inginkan makan malam dengan suasana Old School? Korang boleh cuba di D’Miziee Warong. Dekat sini, korang boleh dapatkan pelbagai jenis makanan tempatan seperti Nasi Goreng, Nasi Goreng Daging Merah, Sup Ayam dan banyak lagi. Makanan disini bukan sahaja sedap tetapi harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan, Selain itu, perkhidmatan dan suasana disini sangatlah baik dan tenang. Restoran ini amatlah sesuai bagi korang nak makan malam dengan suasana yang tenang.

Lokasi restoran ini di No 7 PEKAN, Sungai Nibong, 45400 Sekinchan, Selangor dan dibuka pada setiap hari pada 9:30 pagi hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-2974410.

 

5. MR ADHA IKAN BAKAR – MAKAN MALAM

Korang penggemar makanan laut? Korang boleh singgah ke Mr Adha Ikan Bakar ini. Untuk pengetahuan korang, Mr Adha Ikan Bakar adalah salah satu hidden gem yang ada di daerah Sabak Bernam ini. Makanan disini sangatlah unik dan sedap. Kalau korang ada dekat sini korang boleh cuba Nasi Lemak Clams, Ikan Siakap Bakar, Udang Sambal Petai dan banyak lagi. Korang pasti akan menjilat jari punyalah! Jadi, selamat mencuba!

Lokasi ini di Lot 3729, Jalan Bagan, Sungai Pulai, 45200 Sabak, Selangor dan dibuka pada Khamis hingga Isnin pada 4 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 017-3296991.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/MrAdhaIkanBakar/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa limatempat makan malam terbaik di daerah Sabak Bernam ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Sabak Bernam, Selangor. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply