13 Tempat Makan Malam Best di Teluk Intan, Perak | Teluk Intan adalah sebuah bandar di daerah Hilir Perak dan juga bandar keempat terbesar di negeri Perak dengan anggaran kira-kira 172,505 penduduk. Bandar ini mempunyai sejarah yang penting dan juga beberapa tarikan serta ciri-ciri menarik. Walaupun Teluk Intan popular dengan keunikkannya, disini juga kaya dengan hidangan tempatan yang lazat.

Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best di Teluk Intan yang anda boleh kunjungi.

 

1. RESTORAN APONG D’HILIR – MAKAN MALAM

Kalau korang ada di Teluk Intan, korang wajib cuba makan di Restoran Apong D’Hilir. Restoran Apong D’Hilir ini adalah sebuah restoran terapung di atas air. Bukan setakat terapung atas air tapi korang juga berpeluang untuk menikmati pemandangan matahari terbenam sambil menjamu selera. Disini terdapat pelbagai menu makanan tempatan yang korang boleh pilih, yang pastinya bakal memuaskan hati anda.

Lokasi ini di Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin, Ahad dan Sabtu pada 3 petang hingga 12 pagi, Selasa hingga Jumaat pada 4 petang hingga 12 pagi. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 013-420 3386

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Restoran-Apong-Dhilir-100057228349397/

 

2. RESTORAN WANA – MAKAN MALAM

Korang nak makan makanan Western dan Local pada masa yang sama? Ini adalah salah satu tempat makan malam best yang ada di Teluk Intan ini. Restoran Wana menyajikan dua jenis masakan yang korang boleh nikmati iaitu makanan Western dan juga Local. Ianya amatlah sesuai bagi seisi keluarga dan rakan-rakan makan malam disini kerana harganya berpatutan dan makanan pun cukup menyelerakan.

Lokasi Restoran Wana ini di Jalan Intan 3, Bandar Baru Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa pada 5 petang hingga 11:30 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 018-767 2577

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/restoranwana/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/restoranwana/

 

3. M. GULAM RASUL NASI KANDAR – MAKAN MALAM

Korang suka makan Nasi Kandar? M. Gulam Rasul Nasi Kandar adalah tempatnya. Restoran ini menyajikan pelbagai jenis masakan mamak yang pasti akan membuatkan anda menjilat jari kesedapan terutamanya ayam goreng mereka. Dikatakan ayam goreng mereka sangat sedap dan sesuai dimakan bersama briyani ataupun nasi putih. Korang pasti akan menyukainya.

Lokasi M. Gukam Rasul Nasi Kandar ini di Jalan Changkat Jong, 36000 Teluk Intan, Perak dan dibuka pada setiap hari pada 24 jam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 05-621 1621.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/restaurant_m_gulam_rasul/

 

4. ALONG NASI LEMAK CITY MEWAH

Craving Nasi Lemak pada waktu malam? Korang kena singgah di Along Nasi Lemak City Mewah. Kedai ini adalah salah satu kedai yang terbaik dalam menghidangkan nasi lemak yang wajib anda singgah. Dikatakan nasi lemak disini ada sambal yang cukup lazat dan nasi yang dimasak dengan sempurna. Antara menu yang patut cuba adalah Nasi Lemak Ayam Goreng. Sememangnya sedap hingga menjilat jari.

Lokasi Along Nasi Lemak City Mewah ini di Jalan Padang Tembak, 36000 Teluk Intan, Perak dan dibuka pada setiap hari pada 3 petang hingga 11:31 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 012-509 5313

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat malam terbaik di daerah Teluk Intan ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Teluk Intan, Perak Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply