160 Orang Terkorban Akibat Banjir | Lebih 160 orang terkorban dalam banjir paling buruk yang melanda ibu kota Republik Demokratik Congo (DRC) sejak bertahun-tahun, kata beberapa pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  yang memetik sumber pihak berkuasa kelmarin.

Selepas hujan turun semalaman pada Selasa lalu, jalan-jalan utama di pusat banda Kinshasa ditenggelami air selama berjam-jam, manakala laluan bekalan utama menuju ke pelabuhan Matadi runtuh.

Bandar Kinshasa mempunyai sekitar 15 juta penduduk.

Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Manusia PBB (OCHA) berkata, setakat 16 Disember 2022, pihak berkuasa Congo melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 169 orang meninggal dunia, kira-kira 30 orang cedera dan menerima rawatan di beberapa buah hospital di seluruh bandar raya ini, manakala sekurang-kurangnya 280 buah rumah musnah.

Daerah Mont-Ngalufa dan Ngaliema di Kinshasa adalah yang paling teruk dilanda hujan, demikian menurut OCHA, dengan kira-kira 38,000 orang terjejas.

Tempoh berkabung tiga hari bermula Rabu lalu.

Terletak di tebing Sungai Congo, Kinshasa menyaksikan kemasukan populasi yang besar sejak beberapa tahun lalu.

Banyak kediaman terdiri daripada rumah setinggan yang dibina di kawasan cenderung dilanda banjir, manakala Kinshasa mengalami masalah kekurangan parit dan sistem saliran.

Sumber: Kosmo

 

Artikel Lain

Hujan Lebat di Sabah Menyebabkan Kepala Air Dan Banjir Kilat

Beberapa kawasan di sekitar Sabah dilaporkan dilanda kepala air, banjir kilat dan tanah runtuh susulan daripada hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi.

Media melaporkan, hujan lebat yang berterusan telah melanggar Tawau menyebabkan beberapa kawasan mengalami banjir kilat antaranya Rawa-Rawa Batu 4, Jalan Damai, Lorong Haji Muis serta Sekolah Kebangsaan Batu 22 Jalan Apas.

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Mazlan Sarman memberitahu, pihak bomba sedang giat menjalankan pemantauan di beberapa kawasan berpotensi dilanda banjir kilat di Tawau serta Kalabakan.

Dalam pada itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah melaporkan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom dipercayai akibat hujan lebat berterusan.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, bagaimanapun jalan tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan pada masa ini selain pengguna jalan raya diminta menggunakan jalan alternatif Jalan Tenom-Spitang,” menurut laporan sama.

@indara7010

Tenom Banjir dan tanah runtuh 01.11.2022. Pray For Tenom. #banjir #tanahruntuh #tenom #sabah #fyp #fypシ #tsunami #malaysia #prayfor #sungai #november2022 #novemberrain #CapCut

♬ original sound – Indra Nra – Indra Nra

Selain Kunak, Penampang antara kawasan yang turut terlibat dan membabitkan 75 orang mangsa daripada 14 buah keluarga berbanding 66 orang daripada 13 keluarga.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah, sembilan orang dari satu keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kolam Renang Kompleks Sukan Penampang. Manakala mangsa banjir di PPS Dewan Kampung Airport Tun Fuad di daerah Kunak kekal 66 orang membabitkan 13 keluarga.

“Setakat ini dua daerah dilanda banjir iaitu Penampang serta Kunak dan satu PPS masing-masing dibuka di daerah itu. Trend semasa banjir menunjukkan peningkatan dan cuaca hujan pagi ini.”
Semoga mangsa yang terlibat dengan banjir kilat ini berada dalam keadaan selamat dan dipermudahkan segala urusan.
Sumber : Samudera

 

Empat M@ut Akibat Tanah Runtuh, Banjir

Empat M@ut Akibat Tanah Runtuh, Banjir | Dalam kejadian tanah runtuh di Gowa, wilayah Sulawesi Selatan pada hari ini, seorang maut manakala seorang lagi masih hilang dikhuatiri tertimbus.

Dua kenderaan jenis van dan pikap yang dinaiki mangsa diseret hingga ke bahu jalan menghubungkan Parangloe dan Tinggimoncong ketika hujan lebat serta kondisi tanah yang tidak stabil.

Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia Abdul Muhari berkata agensi pengurusan bencana daerah dikerah ke lokasi untuk menyelamat mangsa dan mengalihkan tanah runtuh.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik meramalkan kawasan itu masih berpotensi mengalami hujan hingga Sabtu ini, katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Abdul Muhari berkata tiga kematian direkodkan susulan banjir yang menjejaskan 836 keluarga di Tapanuli Tengah, wilayah Sumatra Utara, Jumaat lepas.

Penduduk telah kembali beraktiviti seperti biasa namun diingatkan berwaspada memandangkan kawasan itu berpotensi mengalami hujan ringan hingga lebat hari ini, katanya.

Di wilayah yang sama, banjir besar merendam empat kawasan di Batu Bara pada Selasa akibat hujan berintensiti tinggi sehingga air Sungai Dalu-dalu dan Sungai Bahboloh melimpah.

Abdul Muhari berkata, banjir yang menjejaskan 645 keluarga turut merosakkan sebuah empangan namun telah diperbaiki untuk sementara menggunakan guni berisi tanah dan pasir.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply