Seorang remaja yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu ditemui dalam keadaan bogel sambil memeluk sebatang pokok getah di Kampung Temalir di sini.
Ibu saudara mangsa, Mas Anizan Mat Ghani, 29, berkata, dia dimaklumkan mengenai penemuan mangsa yang berusia 18 tahun selepas dihubungi oleh ahli keluarga pada pukul 10.45 pagi semalam.
Menurut wanita itu, dia melihat anak saudaranya dalam keadaan tidak bermaya selain mengalami kecederaan pada kedua-dua belah tangan.
“Semasa sampai di rumah, dia (mangsa) menangis dan memanggil ibunya. Berdasarkan cerita ahli keluarga lain, dia ditemui dalam keadaan bogel sambil memeluk pokok getah.
“Kami sekeluarga bersyukur kerana dia dijumpai dalam keadaan selamat. Alhamdulillah dia kini berada di Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurut Mas Anizan, sepanjang kehilangan anak saudaranya, kakak mangsa tidak tidur lena sepanjang malam kerana bimbang keselamatan adiknya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Nik Ahmad Afsham Nik Pa memberitahu, mangsa dijumpai kira-kira pukul 10 pagi kira-kira 200 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Menurut beliau, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan lemah dan kelihatan tidak bermaya.
“Seramai tujuh anggota termasuk pegawai BBP Kuala Krai bersama sebuah jentera dan sebuah trak pikap terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula sejak Rabu lalu.
“Operasi SAR itu turut dijalankan bersama pihak Polis Diraja Malaysia selain dibantu oleh unit anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” katanya.
Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang remaja yang dipercayai berada dalam keadaan berhalusinasi hilang semasa keluar ke sebuah kedai bersama rakannya di Kampung Temalir pada petang Selasa lalu.
Remaja itu dipercayai melarikan diri masuk ke kawasan hutan selepas melihat sebuah kereta yang dipandu bapa saudaranya di kedai tersebut kira-kira pukul 4.30 petang.
Mas Anizan berkata, anak saudaranya mengalami halusinasi sehingga meracau semasa dia bercuti di ibu negara selama tiga hari sebelum suaminya membawa mangsa pulang ke kampung pada Khamis lalu.
Sumber : Kosmo
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Remaja Lemas Di Pantai, 2 Rakan Terselamat
Seorang remaja lelaki ditemukan lemas manakala dua lagi rakannya terselamat ketika mandi di pantai Kampung Tempurung di sini pada Sabtu.
Mangsa, Ikhwan Haikal Kamis, yang berusia 17 tahun, ditemukan kira-kira 50 meter dari pantai oleh penduduk kampung pada jam 6.15 pagi Ahad.
Dua lagi mangsa, dikenali sebagai Mohamad Aizat berusia 15 tahun dan Mohamad Hafizan berusia 17 tahun kini sedang dirawat di Hospital Kuala Penyu.
Awang Mohd Sabree, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.36 petang Khamis.
Menurutnya, seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 23 kilometer dari BBP Kuala Penyu.
Beliau juga menyatakan bahawa semua mangsa dari Beaufort untuk menziarahi kubur ahli keluarga mereka di Kuala Penyu dan selepas selesai, mereka singgah ke pantai Kampung Tempurung untuk beriadah serta mandi.
Beliau menjKMNelaskan bahawa bagaimanapun, mangsa akhirnya ditemui pagi tadi oleh penduduk kampung dalam keadaan terapung.
Sumber: KMN