2 Terbvnuh, Pesawat Ringan Terhempas Di Afrika Selatan | Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Afrika Selatan (SACAA) mengesahkan dua orang maut pada Ahad selepas sebuah pesawat ringan yang mereka naiki terhempas di Johannesburg.

Pesawat itu yang digunakan untuk penerbangan latihan berlepas dari Lapangan Terbang Grand Central di Midrand antara Pretoria dan Johannesburg, namun terhempas beberapa minit kemudian berhampiran sebuah lombong berdekatan stadium FNB di selatan Johannesburg.

Anadolu Agency memetik SACAA sebagai berkata dalam satu kenyataan bahawa dua penumpang maut. Pesawat juga mengalami kerosakan yang besar.

Punca kemalangan yang berlaku pada 9 pagi waktu tempatan (0700GMT) masih belum didedahkan oleh SACAA dan memaklumkan laporan awal akan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari.

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel Lain

Sebuah Pesawat Ringan Terhempas. 16 Penumpang Maut.

Sebuah Pesawat Ringan Terhempas. 16 Penumpang Maut. | MOSCOW – Sebuah pesawat ringan yang membawa sekumpulan penerjun udara terhempas di Rusia dan membunuh 16 penumpang serta mencederakan enam yang lain, kata Kementerian Kecemasan.

Pesawat enjin berkembar jenis L-410 yang membawa 22 individu itu dilaporkan terhempas pada pukul 9.23 pagi (waktu tempatan) berhampiran dengan bandar Menzelinsk di Republik Tatarstan.

“Enam individu telah diselamatkan manakala 16 lagi dilaporkan meninggal dunia,” kata kementerian tersebut pada saluran Telegram.

Berdasarkan beberapa imej yang dikongsikan kementerian, bangkai pesawat kelihatan terputus dua.

Sementara itu, Presiden Tatarstan, Rustam Minnikhanov yang turut bergegas ke lokasi kejadian berkata, juruterbang melaporkan berlakunya kerosakan enjin dan membuat pendaratan cemas sejurus berlepas.

“Juruterbang cuba untuk mengelakkan pesawat daripada mengenai kawasan perumahan ketika ia cuba membuat pendaratan cemas, namun keadaaan ketinggian tidak membenarkan situasi itu berlaku,” katanya.

Sayap pesawat tersebut mengenai sebuah van yang sedang diparkir sebelum ia terbalik.

Susulan nahas tersebut, pasukan penyiasat Rusia melancarkan siasatan jenayah terhadap kemungkinan berlakunya pelanggaran peraturan keselamatan. – AFP

Sumber : Kosmo

 

4 Individu Maut Dalam Nahas Pesawat Ringan Terhempas Di Luar Paris

4 Individu Maut Dalam Nahas Pesawat Ringan Terhempas Di Luar Paris | Satu kemalangan melibatkan sebuah pesawat ringan jenis Robin DR400 dilaporkan telah terhempas sejauh 20 kilometer sejurus memulakan penerbangan dari Beauvais yang dikatakan akan mendarat ke lapangan terbang terbesar di Perancis iaitu Paris Charles de Gaulle, di sini, baru-baru ini.

4 Individu Maut Dalam Nahas Pesawat Ringan Terhempas Di Paris

4 Individu Maut Dalam Nahas Pesawat Ringan Terhempas Di Paris

Menurut jurucakap Bomba dalam satu laporan media tempatan, pesawat tersebut yang baru sahaja memulakan penerbangan di barat laut Ibu Kota tersebut sebelum mendapati mereka terhempas di sebuah ladang berhampiran Saint-Pathus dan kemalangan tersebut dikatakan masih dalam siasatan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan.

Tambahnya, 4 individu dilaporkan maut di tempat kejadian dan tiada mangsa dilaporkan selamat dari kemalangan tersebut. Maklumat yang diberikan oleh lapangan terbang Lognes-Emerainville juga telah menunjukkan penerbangan yang dilakukan pesawat tersebut adalah penerbangan jenis latihan.

Menurut media tempatan, pesawat jenis ringan tersebut berasal dari Perancis dimana ia dibatasi undang-undang bagi penerbangan visual pada ketinggian tidak melebihi sekurang-kurangnya 15,000 kaki ketika melakukan penerbangan.

Unit polis gendarmerie juga telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan, namun mereka mendapati terdapat bau minyak tanah yang kuat memenuhi ruang udara telah dilaporkan dan mengesyaki bahawa bau tersebut mungkin datang dari pesawat yang terhempas itu.

Tiada maklumat lanjut dilaporkan mengenai identiti empat orang individu yang telah terkorban dalam kemalangan pesawat ringan tersebut.

Sumber: Hindustan Times

Share.

Leave A Reply