2 Wanita China Ditemui Lemas Ketika Mandi Air Terjun Di Pertak | KUALA LUMPUR – Dua wanita warga China ditemukan lemas selepas dihanyutkan dalam insiden kepala air ketika mandi di air terjun Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, dekat sini petang Rabu.

Fenomena kepala air di kawasan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat di bahagian hulu sungai yang menyebabkan paras air terjun menjadi tinggi dengan arus deras.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mayat Xia Yuan Ling, 55, ditemukan tersangkut di celahan batu pada jam 6.18 petang kira-kira 200 meter dari tempat kedua-dua mangsa dilaporkan hanyut.

“Manakala mangsa kedua ditemui pada jam 10.20 malam di celah batu, 50 meter dari lokasi Yuan Ling dijumpai.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan kedua-dua wanita pada jam 5.30 petang dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Operasi pencarian ditamatkan pada jam 11 malam,” katanya. – Bernama

Sumber: Sinar Harian

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Pelajar 15 Tahun Maut Lemas Dlm Kolam Takungan Banjir | YAN – Kegembiraan seorang remaja mandi bersama tiga rakannya di kolam takungan tebatan banjir yang masih dalam proses pembinaan di Kampung Batu 20, Guar Chempedak, dekat sini bertukar tragedi apabila dia ditemui lemas petang semalam.

Mangsa, Muhammad Danish Haidar Mohd Rizal, 15, yang merupakan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Guar Chempedak 2 disedari tenggelam oleh rakan-rakannya kira-kira pukul 5.10 petang.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, mangsa disedari tenggelam dan lemas oleh rakannya selepas satu jam mereka mandi di situ.

Panik lihat kawan lemas

“Panik dengan kejadian itu, rakan-rakan mangsa terus balik ke rumah dan memaklumkan kepada bapa mangsa, Mohd. Rizal Razak, 40, yang kemudian menghubungi talian kecemasan.

“Selepas menerima maklumat, Timbalan Ketua Polis Balai Guar Chempedak bergegas ke lokasi dan membuat pencarian bersama sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak pada pukul 5.40 petang (semalam),” katanya di sini semalam.

Menurut Shahnaz, mayat anak kedua daripada empat beradik itu ditemui lemas di dasar kolam pada pukul 5.45 petang dan mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat di Hospital Yan.

Takziah kepada keluarga mangsa

Sementara itu dalam laman Facebook Penduduk Guar Chempedak, ramai orang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan sedekahkan Al-Fatihah.

“Innalillahiwainnailaihirajiun, Al Fatihah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan hambaNya yg beriman Dan beramal soleh insyaAllah.

“Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Salam takziah buat keluarga arwah, Semoga cucu saudara ku tenang disana.

“Semoga Allah tempat kan arwah dikalangan hambaNya yg beriman…semoga syurga tempatnya. Aamiin”.

Sumber: Kosmo

 

Kanak-Kanak Perempuan 7 Tahun M4ut Lemas Semasa Mandi Kolam Di Taman Tema

KUALA LANGAT – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut akibat lemas ketika mandi di kolam sebuah taman tema di Banting di sini, kelmarin.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 11.38 pagi.

Katanya, sepasukan enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dikerah dalam operasi tersebut.

“Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa sedang mandi bersama ahli keluarganya di kedalaman kira-kira dua meter dan pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu tidak sedarkan diri dan sudah dikeluarkan orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohamadul Ehsan, mangsa dibawa pasukan perubatan ke Hospital Banting bagi tindakan lanjut sebeum disahkan meninggal dunia di hospital tersebut.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply