20 Sekolah Di Pulau Pinang Ditutup Akibat Covid-19 | Sebanyak 20 buah sekolah dilaporkan telah ditutup di Pulau Pinang susulan terdapat beberapa kes positif Covid-19 dicatatkan di sekolah-sekolah terbabit dan ia dikatakan melibatkan beberapa sekolah menengah dan sekolah rendah di sini, baru-baru ini.
Pengarah Pendidikan negeri, Abdul Rashid Abdul Samad berkata menerusi Bernama, kesemua sekolah yang mempunyai kes Covid diminta untuk tutup selama dua hari bagi pelaksanaan proses sanitasi namun ia tertakhluk kepada sekolah terbabit untuk menilai semula tindakan selanjutnya iaitu sama ada membuka semula atau meneruskan penutupan sekolah.
Ujar beliau lagi, pelajar-pelajar dari 20 buah sekolah tersebut akan meneruskan sesi proses pengajaran dan pembelajaran (PdPR) di rumah masing-masing mengikut jadual persekolahan yang telah ditetapkan.
Abdul Rashid enggan memberi perincian berhubung penutupan sekolah-sekolah yang terbabit dengan penularan kes Covid-19 namun difahamkan beberapa sekolah seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Mark dan SMK Kampung Kastam di Butterworth menjadi antara sekolah yang ditutup di sini.
Sumber: Bernama