25 M@ut, 1,000 Cedera Dalam Kebakaran | Seramai 25 individu terkorban, manakala hampir 1,000 lagi cedera dan 800 rumah musnah dalam kebakaran hutan selama lima hari yang berlaku akibat gelombang panas di Chile.
Perkara itu disahkan pihak berkuasa pada Ahad dan kejadian juga berpunca akibat angin kencang serta suhu semasa yang melebihi 40 darjah Celsius.
Kebakaran berkenaan turut memusnahkan kawasan seluas kira-kira 270,000 hektar di wilayah terletak kira-kira 500 kilometer (km) ke selatan ibu negara ini.
Jumlah korban meningkat sejak Sabtu, dengan kematian seorang yang dirawat di hospital kerana kecederaan, kata pegawai kementerian dalam negeri, Manuel Monsalve.
Turut terkorban, seorang anggota bomba dan dua anak kapal sebuah helikopter yang terhempas pada Jumaat.
Monsalve berkata, 997 mangsa mengalami kecederaan akibat kebakaran dengan 26 daripadanya dalam keadaan serius.
Sementara itu, lapan anggota bomba adalah antara yang cedera.
Bencana itu bukan hanya menyebabkan tanah pertanian menjadi abu, tetapi haiwan mati dan penduduk luar bandar kehilangan harta benda.
Maria Ines, salah seorang pekerja sosial berusia 55 tahun di Santa Juana di wilayah Biobio yang terjejas teruk, berkata ketika memberitahu AFP bahawa ia adalah neraka.
Sumber: Harian Metro
Artikel Lain
Takut Api Kebakaran Hutan Merebak, 10 Ribu Penduduk Israel ‘Lari’
Takut Api Kebakaran Hutan Merebak, 10 Ribu Penduduk Israel ‘Lari’ | Ekoran kebakaran hutan yang semakin merebak, ini dilakukan lebih 10 ribu penduduk israel yang tinggal berdekatan. Baca selanjutnya..
Baitulmuqaddis β Hampir 10,000 penduduk Israel yang tinggal berdekatan Baitulmuqaddis terpaksa berpindah keluar apabila kebakaran hutan terbesar di pinggir kota tersebut menjadi semakin marak petang semalam, lapor akhbar Times Of Israel.
Setakat petang semalam, pasukan bomba masih bertungkus-lumus mengawal api sehingga waktu malam bagi memastikan kebakaran tidak merebak dengan lebih meluas.
Perdana Menteri Israel, Naftali Bennet yang meluangkan masa mengunjungi lokasi kebakaran memberitahu, pihak berkuasa akan dapat memadamkan kebakaran itu, namun ia mengambil sedikit masa.
βIa belum berakhir sebelum kebakaran ini sudah dipadamkan sepenuhnya,β ujar Bennet.
Komander Daerah Bomba dan Penyelamat Baitulmuqaddis, Nissim Twito berkata, terdapat 60 hingga 70 pasukan bomba bersama 12 pesawat serta helikopter dikerahkan ke lokasi bencana.
Seorang pegawai bomba dan penyelamat yang tidak mahu identitinya didedahkan memberitahu bahawa kebakaran besar itu mungkin disebabkan perbuatan manusia.
Pegawai itu bagaimanapun tidak pasti adakah kebakaran itu disebabkan khianat atau kecuaian lain.
Insiden kebakaran hutan ini adalah kejadian kedua yang berlaku dalam bulan ini di Baitulmuqaddis.
Sumber : Kosmo
Hutan Di Pinggir Baitulmaqdis Milik Israel Terbakar
Hutan Di Pinggir Baitulmaqdis Milik Israel Terbakar | Sejumlah penduduk perlu berpindah apabila sebuah kawasan hutan di pinggit Baitulmaqdis terbakar. Penduduk di situ terpaksa berpindah pada rabu sebelum sebelum anggota-anggota bomba Israel berjaya mengawal kebakaran itu.
sebuah lebuh raya dari Baitulmaqdis ke Tel Aviv telah ditutup disebabkan oleh kebakaran itu. Sebuah laluan kereta api yang menghubungkan dua bandar utama Israel turut sama ditutup.
Polis menyatakan kebakaran itu yang berlaku kira-kira 15 kilometer ke barat laut Baitulmaqdis berjaya dikawal selepas ia merebak ke kawasan seluas 265 hektar walaupun kebakaran kecil masih berlaku. Setakat ini punca kebakaran masih tidak diketahui.
Kebakaran itu telah merebak sehingga ke kawasan hutan berdekatan dengan kawasan penduduk yang padat dan menyebabkan asap hitam menyelubungi udara.
Penduduk kampung Maale HaHamisha dan Yad Hashmona telah dipindahkan ekoran kebakaran itu, kata polis rejim Zionis. Namun, penduduk kemudian dibenarkan kembali ke rumah masing-masing pada waktu malam.
Sumber: Sinar Harian