‘Viral’ Video Pemilik Kereta Mewah Lempar Duit Pada Pekerja Stesen Minyak | Tular di media sosial tentang sebuah video yang memaparkan layanan biadab pelanggan yang menaiki kenderaan mewah di sebuah stesen minyak di China.
Video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @RealXavier berdurasi 52 saat itu telah mendapat tontonan sebanyak 1.7 juta setakat artikel ini ditulis.
Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV), dapat dilihat pekerja di stesen minyak tersebut sedang membantu pelanggan sebuah kenderaan untuk mengisi petrol di kenderaannya.
Setelah selesai pekerja tersebut mengisi minyak, pelanggan tersebut dapat dilihat berkelakuan tidak bermoral apabila dia bertindak melemparkan duit berkenaan seakan-akan tidak menghormati perasaan pekerja itu.
Tindakan biadab pelanggan tersebut telah mendapat perhatian pengguna media sosial di seluruh dunia.
Kejadian itu dipercayai telah berlaku di negara China dan di mana lokasi tepatnya masih tidak diketahui berikutan tidak dinyatakan di dalam video berkenaan.
Pelanggan biadab tersebut dilihat menaiki sebuah kenderaan mewah berjenama Mercedes Benz berwarna hitam.
Duit yang dicampak oleh pelanggan tersebut kemudiannya terpaksa dipungut pekerja wanita stesen minyak berkenaan satu persatu. Reaksi pekerja itu sangat sugul dan kesal atas perbuatan pelanggan yang biadap tersebut.
Di penghujung video, dapat dilihat pekerja itu seperti sedang mengesat air matanya selepas dilayan sedemikian rupa oleh pelanggan berkenaan.
Menerusi ciapan yang dibuat oleh akaun Twitter tersebut, pelanggan yang menaiki kenderaan terbabit dikatakan telah dihalang dan memasuki senarai hitam di setiap stesen minyak di China. Mereka juga menolak untuk memberikan layanan kepada pelanggan terbabit.
Perkongsian video tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial berkenaan. Ada yang memberi komen menyokong pekerja wanita terbabit dan ada juga yang mengkritik pelanggan tersebut.
Seorang netizen yang memberi semangat kepada pekerja wanita tersebut dengan bertulis bahawa orang yang jujur akan hidup dengan penuh cabaran tetapi ganjaran pasti sangat berharga.
Lagi seorang netizen menulis bahawa dia dapat rasakan kesedihan wanita itu. Kalau dia diperlakukan sebegitu pasti akan menangis. Manusia perlu sedar apa yang mereka ada sekarang tidak akan kekal buat selamanya.
Lagi satu netizen juga menulis, kalau anda kaya sekarang jangan pandang rendah pada orang lain atau ia boleh jadi terbalik dalam sekelip mata sahaja.
Sumber: Siakap Keli
Artikel Lain
Netizen Viralkan Video Lelaki Biadab Dengan Staff ‘Drive-Thru’
Netizen Viralkan Video Lelaki Biadab Dengan Staff ‘Drive-Thru’ | Tindakan seorang pelanggan lelaki yang tidak berpuas hati dengan layanan pekerja ketika urusan membeli di sebuah restoran makanan segera secara pandu lalu menerima kecaman warganet.
Seorang pengguna laman Twitter, @elorakdshn memuat naik semula video TikTok milik lelaki tersebut yang dikatakan kurang ajar ketika merakam dirinya sambil melakukan pesanan.
https://twitter.com/elorakdshn/status/1487133648273158145?s=20&t=Q_9wHBlV0rU6_XyF9u-ViA
Difahamkan, pekerja restoran itu bertanya semula jumlah ketulan ayam goreng yang ingin dibeli sebelum lelaki berkenaan didakwa meninggi suara sekali gus bertukar menjadi ‘moody’.
“Sumpah aku panas hati tengok si pond*n hauk ni maki-maki cashier mcd. His defense was cashier tu tanya balik nak berapa pcs???? “Dengan staff marhaen kau berani lah tunjuk power eh, ke sebab tengah record???,” tulis @elorakdshn.
Bukan berakhir di situ, lelaki tersebut dipercayai bertemu dengan pekerja sama ketika membuat pembayaran dan mula menunjukkan rasa kurang senang apatah lagi perlu menunggu wang bakinya.
“Cepatlah! Terhegeh-hegeh. Sorry-sorry, tak payah sorrylah! Dah salah tu, salah la. Aku tengah panas ni,” kata lelaki terbabit selepas pekerja itu memohon maaf.
Tidak dapat dipastikan tujuan dia merakam video berdurasi sekitar dua minit itu, namun ciapan berkenaan diulang kicau hampir 4,000 kali selain pelbagai reaksi warganet terhadap tindakan tersebut.
Ramai menyifatkan lelaki itu bersikap biadab dan tidak ‘bertamadun’ kerana mengamuk disebabkan hal-hal kecil yang boleh diselesaikan dengan cara baik, namun memilih bagi berkongsi video itu di TikTok.
Kesian pekerja tu kena hadap macam-macam ragam pelanggan! Kalau ada 10 orang lagi macam lelaki itu dalam sehari, memang ‘koyak’ juga nak bagi layanan terbaik.
Sumber : OMM