25 individu yang menaiki tersebut terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung di Uttarakhand, hasrat kesemua individu tersebut ingin meraikan majlis perkahwinan tidak kesampaian di utara India, hari ini.

25 Tetamu Majlis Perkahwinan Maut Bas Jatuh Ke Dalam Gaung

Menurut Pegawai Tinggi Polis negeri, Ashok Kumar, ketika kejadian bas yang membawa 45 tetamu itu sedang melalui lebuh raya di kawasan pergunungan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 500 meter.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 20 berjaya diselamatkan.

Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi, berkata kerajaan akan memberi bantuan kepada semua mangsa yang terselamat.

Uttarakhand yang sering menjadi nahas maut jalan raya sering dikunjungi orang ramai yang ingin melawat tapak peninggalan agama.

Jun lalu, lebih 20 turut maut apabila bas dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung ketika perjalanan ke kuil Hindu Yamuna di ibu negeri Dehradun.

Menurut laporan Bank Dunia, India menyumbang sebanyak 11 peratus jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya di dunia.

Laporan sama turut menganggarkan kira-kira 150,000 kematian akibat kemalangan kereta di India berlaku setiap tahun, atau seorang bagi setiap empat minit.

Sumber : Berita Harian

Share.

Leave A Reply