13 Tempat Makan Best Seafood Di Sekinchan, Selangor | Sekinchan ialah sebuah pekan di negeri Selangor, Malaysia. Sekinchan adalah salah satu kawasan sawah padi yang utama dan menonjol di Malaysia. Tarikan utama di Sekinchan sememangnya sawah padi menghijau yang begitu cantik. Anda boleh pergi sendiri melihat pemandangan sawah padi yang menjadi tarikan utama di bandar kecil ini. Terdapat juga tempat menarik seperti pantai redang dan taman teh sekinchan. Selain dari keindahan sawah padi, di sini juga ada tempat makan yang popular dengan sajian makanan berasaskan makanan laut yang perlu anda cuba
Terdapat banyak lagi tempat-tempat yang menarik yang boleh anda lawati terutama tempat-tempat makan yang menarik. Tapi di mana nak cari tempat makan yang best di sini? Berikut adalah senarai tempat makan seafood yang best di Sekinchan, Selangor.
1. ABAH IKAN BAKAR – SEAFOOD
Restoran makanan laut ini adalah restoran yang popular dengan makanan sajian makanan lautnya seperti ikan bakar. Restoran ini juga mendapat rating yang tinggi di google dengam kebanyakkan komen memberi maklumbalas yang positif tentang hidangan dan layanan di sini. Harga disini juga murah dan mampu milik.
Diantara menu-menu yang disajikan di sini ialah seperti ikan bakar yang popular di sini. Selain itu ada juga sotong goreng tepung, lobster buttermilk, tomyam campur dan tomyam seafood, king crab butter milk, ikan siakap 3 rasa, kerang, kepah, sambal sotong,sotong bakar, ikan pari bakar dan banyak lagi hidangan yang ada di restoran Abah Ikan Bakar ini.
Jika anda ingin berkunjung ke restoran ini lokasinya di Jalan Orkid, Taman Sekinchan Jaya, 45400 Sekinchan, Selangor. Waktu operasi adalah pada setiap hari kecuali selasa pada pukul 12.30 tengah hari hingga 10.30 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 010-2445188
2. ABAH BONDA IKAN BAKAR SEKINCHAN – SEAFOOD
Restoran abah bonda adalah salah satu restoran yang popular yang meyediakan hidangan ikan bakar yang lazat dan pasti akan memenuhi citarasa anda. Restoran ini mendapat rating yang tinggi do google dengan kebanyakkan komen memuji masakan di sini. Harga disini juga murah dan mampu milik.
Diantara menu yang ada di sini ialah seperti memtarang bakar, sotong goreng tepung, ikan siakap bakar, ikan pari bakar, aneka lauk pauk, ketam goreng tepung, ikan bawal masak masam manis, kupang masak pedas, udang goreng dan banyak lagi.
Jika anda ingin berkunjung ke restoran ini lokasinya di Jln Kuala Selangor – Teluk Intan, Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor. Waktu operasi adalah pada setiap hari kecuali selasa pada pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 011-6961 4512
3. SERI SEKINCHAN SEAFOOD – SEAFOOD
Restoran seafood ini menyediakan aneka makanan masakan panas thai dan masakan Local yang berasaskan makanan laut yang segar. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan komen yanh berpuas hati denga layanan dan hidangan seafood di sini.
Antara menu yang ada di sini ialah seperti siakap sweet sour, tomyam seafood, udang masak halia, sotong masak kicap, kerabu seafood dan banyak lagi aneka makanam laut yang boleh anda pilih di sini.
Jika anda ingin berkunjung ke restoran ini lokasinya di 8190, 5, Taman Seri Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor. Waktu operasi adalah pada setiap hari kecuali isnin pada pukul 6.00 petang hingga 12.00 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 019-217 0832
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Sekinchan ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !