13 Tempat Makan Best Seafood Di Gombak, Selangor | Gombak adalah sebuah daerah di negeri selangor. Daerah ini berada di bahagian timur negeri selangor dan daerah kelima dengan penduduk teramai. Di sini juga terdapat tempat tempat yang menarik yang perlu dikunjungi seperti gua damai, batu caves, hutan lipur bukit lagong dan banyak lagi tempat menarik untuk menjalankan aktiviti rekreasi. Selain itu di sini juga terdapat beberapa restoran popular yang menghidangkan makanan berasaskan makanan laut yang menjadi pilihan ramai.
Selain dikenali sebagai destinasi percutian yang menarik, di sini juga ada tempat makan yang viral dan pernah popular di gombak, selangor. Tapi di mana tempat tempat makan tersebut? Berikut adalah senarai tempat makan yang best dan menarik di Gombak Selangor.
1. WIRA SEAFOOD IKAN BAKAR – SEAFOOD
Wira seafood adalah sebuah restoran makanan laut yang segar. Dimana ia adalah satu-satunya cawangan di gombak restoran ini juga sangat popular dalam kalangan penduduk setempat. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan kebanyakkan komen memuji layanan dan masakan di sini. Harga di sini juga mampu milik.
Antara menu menu yang ada di sini ialah seperti ikan bakar yang popular di sini, sotong celup tepung, sotong goreng tepung, kerang bakar, baby crab, tomyam seafood, ikan siakap bakar, ikan kerapu masam manis, tomyam pok tek, nasi goreng seafood, ikan jenahak bakar dan banyak lagi.
Lokasi ini di No 18&19 Medan Selera Bolton Jalan SG 1/10 Taman Sri Gombak. Waktu operasi pada setiap hari pada pukul 2.00 petang hingga 1.00 pagi. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 012-4111304
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/RealWiraSeafood
2. KARI KEPALA IKAN SG – SEAFOOD
Peminat kari kepala ikan wajib datang kesini. Restoran ini menyediakan masakan kari yang padu yang perlu anda cuba. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan kebanyakkan pelanggan terdahulu memberikan komen yang positif tentang layanan dan masakan di sini.
Antara menu menu yang ada di sini ialah, kari kepala ikan, kari ikan, ikan masak asam, mee kari, otak otak, asam pedas, mi kari seafood, udang goreng, kari kepala ikan merah dan banyak lagi.
Lokasi ini di Taman Sri Gombak, Kuala Lumpur, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari kecuali selasa pada pukul 11.00 pagi hingga 9.00 petang. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 03-6189 3657
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/karikepalaikansg/
3. CHAN RAK TER THAI SEAFOOD – SEAFOOD
Chan Rak Ter Thai Seafood ini adalah salah satu restoran makanan ala thai yang berasaskan makanan laut dan western. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan kebanyakkan komen berpuas hati dengan masakan yang ada di sini. Harga di sini juga mampu milik.
Antara menu yang ada di sini ialah seperti nasi goreng sotong, nasi goreng chang rak ter, siakap 3 rasa, sotong celup tepung tomyam campur, ikan siakap stim, kerang rebus, dan banyak lagi.
Lokasi ini di Kampong Gombak Utara, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari pada pukul 3.00 petang hingga 11.30 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 018-250 0240
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/CHANRAKTERTHAI/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Gombak ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !