13 Tempat Makan Best Seafood Di Bandar Baharu, Kedah | Bandar baharu adalah sebuah daerah yang berada di kedah dimana pekannya berada diantara sempadan antara pulau pinang dengan perak. Terdapat banyak tempat menarik yang ada di daerah bandar baharu ini yang menjadi tempat tarikan pelancongan seperti Farmstay Relau yang berada di bandar baharu. Selain itu, terdapat juga banyak tempat makan makanan laut yang menarik yang perlu anda kunjungi.

Banyak tempat makan yang menarik yang dapat anda kunjungi jika datang melawat ke bandar baharu di kedah ini. Perut lapar tapi tak tahu nak makan dimana? Berikut adalah senarai tempat makan best seafood di Bandar Baharu, Kedah.

 

1. SANTAI D KEDA VILLAGE – SEAFOOD

Resroran ini adalah salah satu restoran seafood yang popular di bandar baharu kedah. Restoran ini juga mendapat rating tertinggi di google dan mendapat komen yang baik di google dari pelanggan terdahulu. Restoran ini terletak di pinggir sungai hilir jadi sambil menikmati makanan pelanggan boleh menikmati pemandangan yang indah di sini.

Antara menu makanan laut yang ada disini ialah set tilapia goreng, tilapia 3 rasa, tilapia goreng padu, set keli goreng, seafood combo, shellout, laksa dan banyak lagi

Lokasi ini di Kampung keda, Bandar Baharu, Kedah, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari kecuali isnin, pada jam 11.30 pagi hingga 11.59 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 012-449 3823

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100057850790676

 

2. KAFE NELAYAN SUNGAI – SEAFOOD

Kafe ini menyajikan menu masakan laut yang fresh dan mendapat rating yang tinggi di google. Kebanyakkan pengunjung yang datang ke sini memberikan komen yang positif dan yang baik tentang masakan disini. Harga disini juga sangat lah murah.

Antara menu yang ada ialah gulai kari ikan baung iaitu menu popular disini. Selain itu terdapat juga menu lain seperti udang galah 3 rasa, udang galah goreng, udang galah masak lemak dan banyak lagi.

Lokasi ini di no68 pekan permatang kerat telunjuk, Bandar Baharu, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari kecuali jumaat, pada jam 8.15 pagi hingga 4 petang. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 012-413 7144

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kafenelayansungaikaribaung

 

3. NON PAK ALI STATION – SEAFOOD

Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan rata rata komen memuji masakan dan layanan yang diberikan si restoran ini. Harga disini juga murah. Restoran ini menyajikan hidangan berkonsepkan makanan laut, western, masakan panas dan masakan asian.

Antara menu seafood yang ada disini ialah siakap 3 rasa, siakap bakar, tomyam seafood, udang  dan sotong celup tepung, udang masam manis dan banyak lagi.

Lokasi ini di bandar baharu, pekan bandar baharu, Bandar Baharu, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari, pada jam 3 petang sehingga 12 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 014-859 1636

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Nonpakalistationn/

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Bandar Baharu ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply