13 Tempat Makan Best Seafood Di Batu Ferringhi, Pulau Pinang | Batu Ferringhi berada di bandaraya Georgetown. Batu Ferringhi adalah sebuah tempat peranginan utama di Pulau Pinang. Tarikan utama Batu Ferringhi adalah keindahan pantainya yang memutih serta air laut yang jernih. Tidak hairanlah kenapa rata-rata pelancong tempatan dan asing memilih Baty Ferringhi sebagai tempat pilihan utama untuk perlancongan. Selain dari itu, di sini juga terdapat banyak tempat makan makanan laut yang popular disini.

Sambil sambil menikmati pemandangan indah di kawasan pantai batu ferringhi itu memang seronok kalau dapat cuba makan makanan yang sedap. Tapi dimana tempat makanan yang best di sekitar batu ferringhi ini. Berikut adalah senarai beberapa restoran makanan laut yang best yang ada di Batu Ferringi, Pulau Pinang.

 

1. GRAND LEBANON RESTAURANT – SEAFOOD

Mencari makanan cita rasa timur tengah untuk menjamu selera? Restoran ini ialah restoran yang patut dicuba. Restoran yang menyediakan masakan dari Lebanon ini mendapat rating yang di google dan rata -rata pelanggan berpuas hati dengan makanan di sini. Harga di restoran ini juga berpatutan dan berbaloi untuk dicuba. Restoran ini menyediakan hidangan bercirikan Arabic cuisine dan sudah tentu dijamin halal.

Antara menu menu yang ada disini ialah family mixed grilled platter, baklava, murgh tikka masala dan banyak lagi masakan yang bercirikan masakan timur tengah seperti lebanon, arab dan morocco.

Lokasi ini di 110-1A & 1B,By The Sea, Jalan Batu Ferringhi, Penang Island, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari, pada jam 12 tengah hari hingga 10 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel:04-881 3228

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/GrandLebanonRestaurant/

 

2. BAYU SENJA, KAK ANI SEAFOOD – SEAFOOD

Restoran seafood ini menyediakan makanan laut berkonsepkan chinese style. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan rata rata pelanggan memuji masakan dan layanan disini. Harga disini juga murah untuk anda cuba.

Antara menu yang ada disini ialah seperti ikan bakar, ketam cili, kerang rebus, tomyam campur, tomyam seafood, seafood platter, sotong 3 rasa, siakap sweet sour, calamari tempura, slated egg crab, siakap masak pedas, mee udang, dan banyak lagi. Lokasi ini di Kompleks Bayu Senja, Batu Feringghi , Batu Feringgi, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari kecuali isnin, pada jam 5 petang hingga 10 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 016-467 2899

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/KakAnieSeafood/

 

3. PAK MID CAFE BATU FERRINGHI – SEAFOOD

Kalau nak tahu, Pak Mid Cafe Batu Ferringhi adalah salah satu restoran yang mendapat rating yang baik di google dengan komen yang memuaskan. Harga di sini mampu milik. Restoran ini menyediakan menu berkonsepkan makanan laut dan western yang patut dicuba.

Antara menu yang ada disini ialah mee udang, ikan 3 rasa, char kuey teow kerang, nasi goreng seafood, fish and chips, coconut tomyam, laksa, asam laksa, dan banyak lagi.

Lokasi ini di Batu Ferringhi, Penang Island, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari, pada jam 8 pagi hingga 12 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 016-444 6327

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pakmidcafe

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Batu Ferringhi ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply