13 Tempat Makan Best Seafood Di Changlun, Kedah | Changlun adalah sebuah bandar kecil di Kedah. Bandar ini adalah laluan utama ke sempadan malaysia dan thailand. Changlun menjadi tempat rehat  dan tempat untuk mencari port makan bagi kebanyakkan pelancong yang mahu ke thailand. Dekat sini, banyak tempat tempat makan yang menarik untuk anda singgah.

Sementara berehat di changlun sebelum meneruskan perjalanan anda boleh lah mencari tempat untuk menjamu selera. Tapi dimana tempat makan yang best di changlun? Berikut adalah senarai tempat makan best di changlun kedah yang anda harus cuba.

1. RESTORAN D’WARISAN – SEAFOOD

Restoran D’Warisan adalah salah satu restoran yang mempunyai rating di google yang tinggi restoran ini dan menjadi salah satu tumpuan pelancong yang datang ke changlun. Berkonsepkan makanan laut, western dan masakan melayu restoran ini juga memberikan harga yang murah untuk banyak jenis masakan disini.

Terdapat banyak jenis menu menarik yang ada disini ialah shellout, tomyam seafood dan tomyam sayur, nasi bawal panas, shellout ikan siakap, nasi goreng sotong, kensom ikan dan banyak lagi. Selain itu, disini juga ada menyediakan masakan ala thai.

Lokasi ini di no 1, 1, 1, Lorong Jelutong, Kampung Jeragan, 06010 Changlun, Kedah. Waktu operasi pada setiap hari, pada jam 11 pagi hingga 12 malam. Untuk pertanyaan lebih lanjut hubungi no tel: 012-542 5503

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/rosemie25

 

2. KINKIN – SEAFOOD

Kinkin ialah sebuah restoran yang popular di kawasan changlun. Restoran yang bertemakan masakan thai berasaskan makanan laut dan darat. Mendapat rating yang tinggi dengan pengikut yang banyak di facebook. Harga disini juga sangat mampu milik untuk makan bersama keluarga anda.

Antara menu popular disini ialah daging bakar dan tomyam ala thai. Selain itu, ada juga menu lain seperti siakap masak sambal, set tomyam, keng som., kailan ikan masin, laksa lemak, nasi goreng seafood dan banyak lagi.

Lokasi ini di Kin kin, Lebuhraya Changlun kedah, Malaysia Waktu operasi pada setiap hari jumaat hingga selasa, pada jam 4 petang hingga 10.30 malam. Untuk pertanyaan lebih lanjut hubungi no tel: 011-1143 9815

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kinkinmy19/

 

3. DAUD GRILL – SEAFOOD

Daud Grill adalah salah satu restoran makanan bergrill makanan laut dan western. Restoran ini mendapat  rating yang tinggi di google dan kebanyakkan komen berpuas hati dengan masakan yang ada disini. Harga disini juga mampu milik untuk dicuba jika anda singgah berehat di changlun bersama tersayang.

Antara menu yang ada disini ialah satay ikan, nasi campur set, nasi ikan bakar, Sotong goreng tepung, spaghetti seafood dan banyak lagi makanan seafood dan western yang perlu dicuba.

Lokasi ini di sebelah caltex taman resak, lot kembar kedai hujung 06010, 06010 Changlun, Kedah. Waktu operasi pada setiap hari kecuali hari sabtu, pada jam 5 petang hingga 12 malam. Untuk pertanyaan lebih lanjut hubungi no tel: 04-924 3738

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Daudgrillchanglun/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Changlun ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply