13 Tempat Makan Best Seafood Di Johor Bahru, Johor | Johor Bahru merupakan Bandaraya, Ibu negeri dan daerah di Johor, Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Johor Bahru merupakan bandaraya kedua terbesar dan pusat perniagaan dan perdagangan di Malaysia.
Jika anda seorang penggemar makanan, Johor Bahru menyajikan makanan laut yang enak untuk anda yang pasti sesuai dengan selera anda. Di bawah kami senaraikan 13 tempat makan best seafood di Johor Bahru.
Teringin mencuba makanan yang ada di Johor Bahru ini? Tapi di mana nak cari tempat makan yang sedap-sedap dan menarik. berikut merupakan senarai beberapa tempat makan best seafood yang ada di Johor Bahru, Johor.
1. GRAND SEAFOOD KEMPAS – SEAFOOD
Restoran ini mendapat rating tertinggi di google dan restoran ini pernah viral kerana masakannya. Rata-rata pengguna berpuas hati dengan hidangan yang disediakan di sini. Harganya juga sangat berpatutan dan sesuai dengan makanannya. Tempatnya juga modern dan selesa untuk para pengunjung.
Menu yang disajikan di restoran ini semestinya masakan makanan laut. Restoran ini lauk lautnya dimasak gaya Thai.
Jika anda ingin berkunjung ke kedai ini lokasi kedai ini terletak di 275A, Persiaran Kempas Baru, Kempas Banjaran, 81200 Johor Bahru, Johor. Kedai ini beroperasi setiap hari pada pukul 3.15 petang sehingga 1 pagi. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no tel 019-762 4343.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/grandseafood?locale=ms_MY
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/grandseafood_kempas/?hl=en
2. SELERA SENIBONG SEAFOOD(SSS) – SEAFOOD
Teringin nak makan ikan bakar di Johor Bahru? Anda boleh cuba makan di restoran Selera Senibong Seafood(SSS) ini. Restoran ini kebanyakannya pelanggan memuji masakan dan layanan mereka. Menunya termasuk ikan bakar, talapia goreng, nasi putih ikan keli goreng, aneka nasi dengan lauk pauk, dan banyak lagi. Harganya juga berpatutan dan berbaloi.
Dekat sini anda boleh makan malam kat kawasan berbumbung atau open air dengan view laut.
Jika anda ingin berkunjung ke kedai ini lokasi kedai ini terletak di Permas Jaya, 81750 Masai, Johor. Kedai ini beroperasi setiap hari pada pukul 5 petang sehingga 12 tengah malam. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no tel 012-755 7327.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100028285617180
3. MODERN FISHING RESTAURANT(NASI GORENG SEAFOOD STULANG) – SEAFOOD
Restoran ini mendapat rating tertinggi di google kerana masakannya. Rata-rata pengguna berpuas hati dengan hidangan yang disediakan di sini. Harganya juga sangat berpatutan dan sesuai dengan makanannya.
Kedai makanan ini juga merupakan warung makanan laut yang sentiasa dipadati oleh orang ramai. Bilangan hidangan makanan laut di sini kebanyakannya dimasak dengan menggunakan sambal dan dihidangkan di atas daun pisang.
Jika anda ingin berkunjung ke kedai ini lokasi kedai ini terletak di Jalan Stulang Laut 1, Taman Stulang Laut, 80300 Johor Bahru, Johor. Kedai ini beroperasi setiap hari pada pukul 12.30 tengah hari sehingga 10.45 malam. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no tel 012-782 5523.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nasigorengstulang/?locale=ms_MY
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/stulangnasigorengseafood/?hl=en
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Johor Bahru ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !