13 Tempat Makan Best Seafood Di Kluang, Johor | Kluang sebuah bandar yang terletak di negeri Johor, merupakan destinasi yang terkenal dengan pelbagai kedai makanan laut yang selalu diramaikan dengan pengunjung. Pengunjung biasanya dapat menikmati hidangan makanan laut yang lazat dengan sentuhan rasa pedas melalui penggunaan sambal, yang kemudian dihidangkan dengan gaya tradisional menggunakan daun pisang.
Mereka yang menyukai makanan laut digalakkan untuk datang ke sini dan menikmati pelbagai hidangan yang ditawarkan. Teringin nak mencuba makanan-makanan lazat dan menarik dari daerah Kluang tapi tak tahu nak makan di mana?Berikut merupakan senarai beberapa tempat makan best seafood best di Kluang, Johor.
1. ANWAR KLUANG SEAFOOD – SEAFOOD
Restoran ini mendapat rating tertinggi di google dan restoran ini pernah viral kerana masakannya. Rata-rata pengguna berpuas hati dengan hidangan yang disediakan di sini. Harganya juga sangat berpatutan dan sesuai dengan makanannya.
Antara menu yang disajikan di restoran ini ialah asam pedas, seafood, shellout, masakan ori Indonesia, western, ikan bakar sambal dan banyak lagi ini.
Berminat ingin berkunjung ke kedai ini? Lokasi kedai ini terletak di 2, Jalan Kenanga, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor. Kedai ini beroperasi setiap hari pada pukul 2 petang sehingga 1 pagi. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no tel 011-6211 3397.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kluangseafoodviral/?locale=ms_MY
2. ORKED KITCHEN – SEAFOOD
Bagi peminat seafood shellout ini merupakan restoran yang wajib anda kunjungi sekiranya datang bercuti di Kluang, Johor. Harganya sangatlah murah dan pastinya berbaloi. Rata-rata pengunjung yang datng mencuba memberi review yang menarik dan best.
Restoran ini memang patut dikunjungi. Anda akan menemukan hidangan seafood shellout dan ikan bakar yang penuh cita rasa dan pengalaman makan yang menyenangkan.
Berminat ingin berkunjung ke kedai ini? Lokasi kedai ini terletak di Jalan Penghulu Kassim, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor. Kedai ini beroperasi setiap hari pada pukul 10.30 pagi sehingga 11.30 malam. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no tel 013-711 9369.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100059649896308
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/restoranorkedkitchen/?hl=en
3. WAFA SEAFOOD/ MASAKAN THAI – SEAFOOD
Restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan dan lauk pauk berasakan makanan laut dan darat. Menu istimewa dan popular di sini ialah ikan siakap 3 rasa. Selain itu terdapat juga hidangan lain seperti kailan ikan masin, tomyam seafood dan banyak lagi di sini.
Marilah merasai kelazatan makanan laut segar dan hidangan tradisional yang memukau selera.
Berminat ingin berkunjung ke kedai ini? Lokasi kedai ini terletak di Jalan Keranji, Kampung Yap Tau Sah, 86000 Kluang, Johor. Kedai ini beroperasi setiap hari pada pukul 5 petang sehingga 3 pagi. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no tel 012-766 9359.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/tomyamwafa/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Kluang ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !