13 Tempat Makan Best Seafood Di Kuala Kangsar, Perak | Kuala Kangsar adalah sebuah Bandar Diraja dan salah satu bandar bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga popular di kalangan pelancong dalam negara. Selain itu, Kuala Kangsar juga popular dengan kepelbagaian makanannya dan destinasi utama pelancong untuk menikmati makanan di sini.

Kalau nak cari tempat makan di Kuala Kangsar ni untuk healing boleh lah berkunjung ke sini. Tapi di mana nak cari tempat-tempat makan yang best di Bandar Kuala Kangsar ini. Berikut adalah senarai beberapa tempat makan best di Kuala Kangsar, Perak.

 

1. TERATAK WARISAN KAMPUNG KUALA KANGSAR – SEAFOOD

Restoran teratak warisan kampung ini adalah restoran yang menyediakan banyak hidangan masakan kampung yang berasaskan makanan laut dan darat. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan kebanyakkan komen memuji masakan dan layanan yang diberikan di restoran ini. Harga di sini juga sangat lah mampu milik.

Antara menu menu yang ada disini ialah seperti nasi lauk kampung, ikan dan ayam bakar,patin masak tempoyak, lala masak lemak, kari ikan nyok nyok, masak lemak tempoyak patin, kari kepala ikan seludu, ikan sungai goreng dan banyak lagi.

Berminat untuk singgah ke sini? Lokasi ini di No 43 Bandar baru 33000 Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. Waktu operasi adalah pada setiap hari kecuali ahad, jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Sebarang pertanyaan sila hubungi no telefon 016-558 49

2. CHOR CHAR KOEY TEOW – SEAFOOD

Chor Char Koey Teow adalah sebuah restoran yang menyediakan hidangan char kuey tiaaw saefood sebagai hidangan utamanya. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan kebanyakkan komen memuji masakan dan layanan disini. Harga di sini juga sangat lah mampu milik.

Antara menu menu yang ada disini ialah seperti char kotiaw udang, char koay teow kerang, kuew teow kerang udang , char kuey tiaw special kerang, dan banyak lagi.

Berminat untuk singgah ke sini? Lokasi ini di No 11 & 12 jalan raja chulan ,33000 kuala kangsar perak. Waktu operasi adalah pada setiap hari kecuali ahad, jam 7.30 pagi hingga 2.30 petang dan 4.30 pagi hingga 2.30 petang. Sebarang pertanyaan sila hubungi no telefon: 0194924242 & 0184058375

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Chorcharkoeyteow/

 

3. RESTORAN MOSTY KITCHEN – SEAFOOD

Tengah cari restoran yang sediakan makanan seafood dan western? Jangan pening pening kerana Restoran Mosty Kitchen adalah salah satunya. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan kebanyakkan komen memuji masakan dan layanan disini. Harga di sini juga sangat lah mampu milik.

Antara menu menu yang ada disini ialah seperti  seafood talam, shellout seafood, tomyam soup seafood dan campur, korean food dan banyak lagi. Untuk set family korang boleh try order shellout di sini, memang padu dan mix platter pun ngam jugak. Portion mmng banyak sesuai makan beramai2 dengan family.

Berminat untuk singgah ke sini? Lokasi ini di 5E, Jalan Daeng Selili, 33000 Kuala Kangsar, Perak, Malaysia 33000 Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. Waktu operasi adalah pada setiap hari kecuali isnin, jam 4.30 petang hingga 11.00 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no telefon 011-2611 8673

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Kuala Kangsar ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply