13 Tempat Makan Best Seafood Di Mersing, Johor | Mersing popular dengan keindahan pulaunya. Syurga percutian yang penuh ketenangan ini tidak memerlukan tiket kapal terbang mahupun passport. Jika anda pernah dengar tentang Pulau Rawa yang indah di Johor, sebenarnya banyak lagi pulau lain yang tak kurang hebatnya malahan lebih memukau darinya yang perlu anda sekeluarga lawati sekali dalam seumur hidup.

Selain itu, selain pulau-pulau yang indah, di Mersing terdapat jugak tempat makan seafood yang best di sana.

Teringin mencuba makanan yang ada di Mersing ini? Tapi di mana nak cari tempat makan yang sedap-sedap dan menarik. berikut merupakan senarai beberapa tempat makan best seafood yang ada di Mersing, Johor.

 

1. BROTHER JOE IKAN BAKAR & SEAFOOD – SEAFOOD

Restoran ini mendapat rating tertinggi di google dan restoran ini pernah viral kerana masakannya. Rata-rata pengguna berpuas hati dengan hidangan yang disediakan di sini. Harganya juga sangat berpatutan dan sesuai dengan makanannya. Tempatnya juga modern dan selesa untuk para pengunjung.

Teringin mencuba makanan yang ada di Brother Joe Ikan Bakar & Seafood ini? Kedai ini terletak di J80, Kampung Mersing Kanan, 86800 Mersing, Johor. Kedai ini beroperasi setiap hari pada pukul 2.30 petang sehingga 12.30 malam. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no tel 013-701 7011.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/brotherjoemersing?locale=ms_MY

 

2. IKAN CELUP TEPUNG TANJUNG PENYABONG – SEAFOOD

Bagi peminat makanan laut celup tepung anda wajib datang ke kedai ini.Mereka menyajikan  pelbagai jenis makanan laut celup tepung seperti udang celup tepung, sotong celup tepung, ikan goreng celup tepung dan pelbagai lagi. Lokasi kedai ini terletak di hadapan pantai Tanjung Penyabong.

Sesiapa yang datang ke Mersing wajib datang cuba kedai makan ini.

Teringin mencuba makanan yang ada di Ikan Celup Tepung Tanjung Penyabong ini? Kedai ini terletak di Tanjong Penyabong, Mersing (Gerai No. 1). Kedai ini beroperasi setiap hari pada pukul 3 petang sehingga 12 malam.

 

3. D’MENARA TOMYAM SEAFOOD – SEAFOOD

Rupanya banyak tempat makan yang menarik yang ada di Mersing yang ramai tak tahu. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan kebanyakkan komen memuji masakan dan layanan yang diberikan di restoran ini. Harga di sini juga sangatlah berpatutan dan berbaloi.

Diantara menu-menu yang dihidangkan di restoran ini ialah seperti  aneka shellout, masakan seafood yang fresh dan segar dan banyak lagi aneka makanan barat yang ada di Mersing ini.

Teringin mencuba makanan yang ada di D’ Menara Tomyam Seafood ini? Kedai ini terletak di 3, Kampung Mersing Kanan, 86800 Mersing, Johor. Kedai ini beroperasi setiap hari pada pukul 3 petang sehingga 12 malam. Sebarang pertanyaan boleh hubungi di no tel: 012-758 8035.

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Mersing ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply