13 Tempat Makan Best Seafood Di Pekan, Pahang | Pekan adalah sebuah daerah dalam negeri Pahang, Malaysia. Gelaran tua bagi negeri Pahang ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Di samping memiliki panorama semulajadi yang indah, Pahang juga mempunyai tarikan lain seperti nilai kebudayaan dan juga pelbagai makanan tempatan.
Jika anda ingin berkunjung ke Pekan di Pahang anda wajib mencuba makanan-makanan yang terdapat di sini dari restoran yang berada di sekitar pekan ini. Tapi dimana tempat makan yang best dan menarik di sini? berikut adalah senarai tempat makan yang best yang terdapat di Pekan, Pahang.
1. RESTORAN SUMPIT-SUMPIT – SEAFOOD
Terletak di pekan pahang restoran ini menyediakan hidangan masakan indonesia. Restoran terapung ini adalah salah satu restoran yang sangat popular di Pekan, Pahang. Korang kalau nak datang ke sini, pastikan datang awal kalau tak nak kena beratur. Harga di sini juga sangat lah mampu milik.
Antara menu yang disediakan di sini ialah seperti bakso, nasi goreng geprek, sotong goreng, patin bakar, ikan siakap salted egg, ikan siakap terbang, dan pelbagai jenis sambal yang berdasrkan resepi dari indonesia.
Berminat untuk singgah ke sini? Lokasi ini di Restoran Sumpit-Sumpit 26600 Pekan, Pahang Pekan, Pahang, Malaysia. Waktu operasi adalah pada setiap hari, jam 11.oo pagi hingga 10.30 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no telefon 010-220 6882
2. SRI THAI VILLAGE – SEAFOOD
Restoran sri thai village adalah sebuah restoran yang terdapat di pekan, pahang. Restoran ini menyajikan masakan ala thai yang cukup popular di sini. Harga di sini juga sangat lah mampu milik.
Antara menu yang ada di sini ialah seperti ketam telur masin, siakap masak 3 rasa, tomyam campur dan seafood, sotong telur masin, lala masak pedas, sotong goreng tepung, siakap stim limau dan aneka masakan udang dan sotong. Selain itu terdapat juga pilihan makanan lain selain seafood yang sangat berbaloi.
Berminat untuk singgah ke sini? Lokasi ini di No 5 Tingkat Atas Bangunan Serambi Pekan RNR Pekan Jalan Sultan Ahmad 26600 Pekan Pahang , Pekan, Malaysia. Waktu operasi adalah pada setiap hari, jam 4.oo petang hingga 12.00 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no telefon 012-984 4337
3. RESTORAN MAK CT – SEAFOOD
Restoran Mak CT menyediakan aneka makanan masakan melayu tempatan. Kalau korang nak tahu restoran ini salah satu restoran yang mendapat rating yang tinggi di google dengan kebanyakkan komen memuji masakan dan layanan disini. Harga di sini juga sangat lah mampu milik.
Antara menu yang ada di sini ialah seperti tomyam seafood, kailan goreng ikan masin, siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, ikan pari masak thai, fried calamari rings, kerabu sotong, ketam masak cili, siakap masak stim dan banyak lagi.
Berminat untuk singgah ke sini? Lokasi ini di Lot 4, Restoran Medan Ikan Bakar Di Kuala, Kuala Pahang, 26600 Pekan Pahang, Pekan, Malaysia. Waktu operasi adalah pada setiap hari, jam 3.oo petang hingga 11.55 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no telefon 012-969 3568
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Pekan ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !