13 Tempat Makan Best Seafood Di Tanah Merah, Kelantan | Tanah Merah dikenali sebagai bandar kedua di negeri Kelantan selepas Kota Bharu. Rupa bumi Tanah Merah dipengaruhi oleh Sungai Kelantan yang lebar, mengairi kawasan pertanian seperti ladang getah, kelapa sawit dan tembakau. Terdapat banyak juga tempat makan best seafood yang boleh anda kunjung, sekiranya anda datang bercuti di Tanah Merah, Kelantan.
1. IKAN BAKAR SAMUPERAI SELERA BINTANG – SEAFOOD
Ikan Bakar Samuperai Selera Bintang merupakan restoran makanan laut yang mendapat rating yang tinggi di Google dan rata-rata mengatakan yang makanan di restoran ini sedap dan berbaloi. Harga juga berpatutan dengan menu yang dipesan.
Ikan Bakar Samuperai Selera Bintang terkenal dengan ikan bakar. Terdapat juga menu lain seperti kerang bakar, ikan masak stim dan makanan laut yang diletakkan di dalam talam.
Sensasi rasa yang berbeza-beda menanti untuk ditemui di Ikan Bakar Samuperai Selera Bintang. Bolehla datang mencuba pelbagai hidangan dan sertai kami dalam perjalanan rasa yang menakjubkan.
Jika anda ingin merancang untuk berkunjung, Lokasi restoran ini terletak di No 1, Sebelah JPJ Bukit Bunga, Kampung Bukit Bunga, 17500 Tanah Merah, Kelantan.
Waktu operasi pada setiap hari jam 2 petang sehingga 12 malam. Sebarang pertanyaan hubungi 017-9060012
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100079084496531
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@ikanbakarsamuperai?lang=en
2. RESEPI IKAN BAKAR – SEAFOOD
Restoran ini mendapat rating tertinggi di google dan restoran ini pernah viral kerana masakannya. Rata-rata pengguna berpuas hati dengan hidangan yang disediakan di sini.
Restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan dan lauk pauk berasakan makanan laut dan darat. Menu istimewa dan popular di sini ialah ikan bakar. Selain itu terdapat juga hidangan lain seperti kailan ikan masin, tomyam seafood, nasi campur dan banyak lagi di sini.
Jika anda ingin merancang untuk berkunjung, Lokasi restoran ini terletak di Jln Pasir Mas – Tanah Merah, Tanah Merah, 17500 Tanah Merah, Kelantan.
Waktu operasi pada setiap hari jam 3 petang sehingga 12 malam. Sebarang pertanyaan hubungi 013-9395783
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100087164653785
3. RESTORAN AMIN SEAFOOD – SEAFOOD
Restoran Amin Seafood tidak hanya menyajikan makanan yang enak, tetapi juga menghidangkan seni dalam setiap hidangan. Mari saksikan keindahan dan nikmati kenikmatan makanan di Restoran Amin Seafood.
Restoran Amin Seafood menyediakan makanan laut seperti udang galah butter, kerabu kerang, ikan bakar, makanan panas dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba keistimewaan makanan di restoran ini.
Jika anda ingin merancang untuk berkunjung, Lokasi restoran ini terletak di Jalan Ismail Petra, Tanah Merah, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Waktu operasi pada setiap hari jam 12 tengah hari sehingga 1 pagi. Sebarang pertanyaan hubungi 019-7333830
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100057111953084
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Tanah Merah ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !