13 Tempat Makan Best Western Di Bachok, Kelantan | Khalifah Media Networks – Asyik pergi makan tempat yang sama setiap kali. Teringin sesekali ubah angin nak makan kat tempat lain pula. Tapi tak tahu kat mana? Jangan risau, kali ini kami kongsikan pula tempat makan best yang anda boleh terjah.

Di sini kami memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Bachok, Kelantan. Kalau dekat dengan tempat tinggal anda, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Mari kita jamu mata dengan 13 tempat makan best di Bachok ni.

1. FIZOW KITCHEN

Anda dah pernah rasa masakan di restoran Fizow Kitchen ni belum? Jika belum, boleh mula membuat perancangan bersama keluarga untuk merasai sendiri keenakan masakan Western food di sini pula. Selain itu, Restoran ini juga terkenal dengan pelbagai menu masakan lain juga. Terdapat pelbagai hidangan menyelerakan ada disediakan disini, Anda mungkin nak cuba semuanya sebab nampak mengiurkan, kalau mampu habiskan apa salahnya kan.

Restoran ini memang santai, sesuai untuk keluarga dan bertemu rakan-rakan. Anda boleh memilih sesuai selera anda sebagai peminat western food. Harganya pula jangan risau ianya berpatutan dengan makanan yang dihidangkan, yang penting sedap dan puas hati. Jom tengok gambar-gambar menu makanan western yang terdapat di sini.

Kami selitkan cuma beberapa menu masakan saja, terdapat banyak lagi menu masakan yang disajikan di restoran Fizow Kitchen ni. Anda datang dan cuba sendiri resepi masakan mereka. Kalau nak singgah ni alamatnya : Lot 3261, Kampung Cabang Tiga Melawi, Mukim Repek,16310 Bachok, Kelantan atau nak mudah boleh buat carian di google maps – Fizow Kitchen.

Boleh juga hubungi nombor ini 012-964 4308 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. Waktu operasi bermula pukul 12.00 pm hingga 12.00 am dan dibuka setiap hari. Jadi apa tunggu lagi jom terjah ke restoran ini.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/FizowKitchen/

2. RIVER VILLAGE ROOFTOP RESTAURANT

Bagi yang nak merasai kesedapan masakan western, anda boleh lah mencuba makanan di restoran River Village Rooftop ini pula. Ramai pelanggan yang hadir rata-rata memberi review cakap memang padu, harga pula macam tak percaya murah dengan makanan sedap. Sangat sesuai bawa keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?

Jangan risau sebab ramai setuju kata pekerja River Village Rooftop ni ramah dan mesra, anda pasti tak rasa janggal berada di situ. Menariknya disini, selain western, aneka minuman yang menarik pun ada. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat serta minuman yang ada di River Village Rooftop ni.

Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di River Village Rooftop ni. Bak kata orang memang padu! Kalau anda nak ke sini, ikut alamat berikut : Cabang 4 Trafik Light Kampung Sungai, 16300 Bachok, Kelantan atau boleh guna waze taip jer nama River Village Rooftop Restaurant nanti ada la tu. Jika tidak jumpa kedai boleh call 014-9644577. Mula beroperasi pada pukul 5.00 pm – 1.00 am setiap hari kecuali selasa cuti. Anda boleh lah rancang waktu yang sesuai untuk ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/rivervillagerooftoprestaurantbachok/

3. RESTORAN R.T.K

Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan western yang best di Bachok. Jika dah bosan dengan kedai lain, apa kata bolehlah mencuba pula masakan di Restoran R.T.K. Harganya pula berbaloi sesuai rasa dan kuantiti. Boleh tengok beberapa gambar menu yang disajikan di sini. sebagai preview kalau berminat boleh lah singgah nanti ke Restoran R.T.K ni.

Kalau berhajat nak pergi, ini alamatnya : Sk Jelawat2 (Kampung Bukit Bator),16300 Bachok, Kelantan. Atau boleh juga hubungi nombor 016-605 3761 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan. Kedai mula operasi pada jam 3.30 pm hingga jam 1.00 am. Dibuka setiap hari kecuali jumaat minggu ke-3 tutup. Jadi boleh rancang perjalan anda nanti jika berhajat untuk ke sini.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/Restoran-RTK-971317676321724/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Bachok ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Sudah habis baca artikel ni, mohon jasa baik kongsikan pada yang lain juga ye.

Share.

Leave A Reply