13 Tempat Makan Best Western Di Bagan Serai, Perak | Khalifah Media Networks – Sudah lumrah kita bila tiba disesuatu tempat yang mungkin pertama kali pergi, bila perut mula lapar, pasti tertanya dimana nak makan. Sudah semestinya nak tempat makan yang sedap dan best kan?
Disini kami memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Bagan Serai, Perak. Kalau berdekatan dengan penginapan anda, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Ayuh jamu mata dengan 13 tempat makan best di Bagan Serai, Perak ini.
1. TOKWAN MASTERCOOK
Restoran TokWan Mastercook ini jika tanya pada orang Bagan Serai, Perak bukan sesuatu yang asing lagi bagi mereka. Selain masakan yang memang sedap, dekorasi kedai juga sangat menarik dan kreatif. Ruang kedai yang sesuai untuk anda membawa seisi keluarga ataupun datang bersama rakan-rakan.
Banyak menu western menarik yang disajikan, anda boleh memilih sesuai dengan selera dan kemahuan anda. Jika rasa berselera, anda boleh memesan beberapa portion yang lain sama. Harganya pula memang berpatutan dengan hidangan dan puas hati. Antara hidangan yang popular disini adalah Chicken Chop dan Lamb Chop. Memang kekenyangan habis. Jom lihat beberapa gambar hidangan menarik di restoran ini.
Jika anda terasa untuk mencuba masakan disini, ini alamat yang boleh anda ikut : Taman Serai Baiduri, 34300 Bagan Serai, Perak. Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu membuat sebarang tempahan, boleh hubungi nombor ini : 019-659 6257. Waktu operasi pula bermula jam 3.00 PM – 1.00 AM dan dibuka setiap hari kecuali hari isnin cuti.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Tokwan-mastercook-sg-gedong-156821221548892/
2. FIA KITCHEN
Ni satu lagi kedai hipsturr yang ramai setuju sedap dan puas hati menikmati resepi masakan ala barat yang dihidangkan. Jika anda berjiwa muda yang sukakan suasana ala hipster bolehlah singgah jamu selera di restoran Fia Kitchen ini. Ruang restoran yang selesa menambahkan selera anda untuk makan.
Fia Kitchen bukan sahaja tempat yang sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi disini juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan untuk berbincang ataupun melepak. Ramai yang setuju pekerja Fia Kitchen ni sangat mesra dan ramah dan buatkan pengunjung tak rasa janggal bila berada di situ. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat western di Fia Kitchen ni.
Melihat saja gambar hidangan tadi sudah mengiurkan bukan? Jika berhajat untuk singgah, ini alamat kedai Fia Kitchen : Parit Hussein, 34300 Bagan Serai, Perak (depan sekolah rendah matang gerdu). Jika ada sebarang pertanyaan boleh call : 017-4388633. Restoran ini buka seawal jam 7.00 PM dan tutup pada jam 12.00 PM dan dibuka setiap hari kecuali Isnin dan Selasa cuti. Oleh itu, cuba cari masa yang sesuai untuk anda datang.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/baganseraiwesternfood/
3. SETIAKAWAN SHOP & CAFE
Jika dah boring dengan restoran yang sama, apa kata anda cuba pula menjamu selera di restoran SetiaKawan Shop & Cafe Banyak menu western yang dijamin kena dengan tekak anda. Harga ditawarkan pun tak la mahal sangat, yang penting hidangan sedap dan kita berpuas hati. Boleh tengok gambar-gambar di bawah ni. Ala sebagai preview untuk anda buat keputusan, mana tahu terasa nak mencuba kan?
Ramai warga Bagan Serai berpuas hati dan memberi review bahawa SetiaKawan Shop & Cafe ni sedap dan best. Kalau teringin nak singgah, ini alamatnya : No. 70, Lintang Syed Thaupy 2 Pusat Bandar Bagan Serai, 34300 Bagan Serai, Perak. Boleh hubungi nombor ini untuk sebarang tempahan : 012 – 5595183 / 017 – 4123536. Restoran ini buka dari pukul 4.00 PM sampai 12.00 PM setiap hari kecuali hari Ahad tutup. Jadi rancang perjalanan anda nanti bila di Bagan Serai nanti. Bila dah lapar, apa lagi boleh la singgah di SetiaKawan Shop & Cafe ni kan. InsyaAllah sedap.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Setiakawan-Shop-Cafe-1628081510819097/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Bagan Serai ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios!