13 Tempat Makan Best Western Di Batu Caves, Selangor | Khalifah Media Networks – Mari semua singgah ke ‘port’ makan best dan sedap kat tempat lain pula, asyik ke tempat makan yang sama saja. Tapi kat mana ya? Jangan risau, kali ini kami kongsikan pula tempat makan best yang anda boleh kunjungi.

Di sini kami memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Batu Caves, Selangor. Kalau dekat dengan tempat tinggal anda, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Mari kita jamu mata dengan 13 tempat makan best di Batu Caves ni.

1. WASHOUT LAUNDRY & CAFE

Anda dah pernah rasa masakan di Washout Laundry & Cafe ni belum? Jika belum, boleh mula membuat perancangan bersama keluarga untuk merasai sendiri keenakan masakan Western food di sini pula. Selain itu, Restoran ini juga terkenal dengan pelbagai menu masakan lain juga. Terdapat pelbagai hidangan menyelerakan ada disediakan disini, Anda mungkin nak cuba semuanya sebab nampak mengiurkan, kalau mampu habiskan apa salahnya kan.

Restoran ini memang santai, sesuai untuk keluarga dan bertemu rakan-rakan. Anda boleh memilih sesuai selera anda sebagai peminat western food. Harganya pula jangan risau ianya berpatutan dengan makanan yang dihidangkan, yang penting sedap dan puas hati. Jom tengok gambar-gambar menu makanan western yang terdapat di sini.

Kami selitkan cuma beberapa menu masakan saja, terdapat banyak lagi menu masakan yang disajikan di Washout Laundry & Cafe ni. Anda datang dan cuba sendiri resepi masakan mereka. Kalau nak singgah ini alamatnya: G-12, Jalan Utara Prima Samudera, Taman Samudera, 68100 Batu Caves, Selangor. Atau nak mudah boleh buat carian di google maps – Washout Laundry & Cafe. Boleh hubungi 019-607 5024 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan. Dibuka dari jam 12.00 pm sehingga 12.00 am. Jadi apa tunggu lagi jom terjah ke restoran ini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Washoutcafe/

2. MERAH KUNING WESTERN

Siapa sangka kat Merah Kuning Western ada makanan western paling masyukkkk di Selangor. Bagi yang nak merasai kesedapan masakan western, anda boleh lah mencuba makanan di Merah Kuning Western Batu Caves ini pula. Ramai pelanggan yang hadir rata-rata memberi review cakap memang padu, harga pula macam tak percaya murah dengan makanan sedap. Sangat sesuai bawa keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?

Jangan risau sebab ramai setuju kata pekerja Merah Kuning Western ni ramah dan mesra, anda pasti tak rasa janggal berada di situ. Menariknya disini, selain western, menu tempatan yang menarik pun ada. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat yang ada di Merah Kuning Western ni.

Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di Merah Kuning Western ni. Bak kata orang memang padu! Kalau anda nak ke sini, ikut alamat berikut : Jalan bunga raya utama 3, 68100 Batu Caves, Selangor, atau boleh guna waze taip jer nama Waze: mk Western nanti ada la tu. Jika tidak jumpa kedai boleh hubungi 017-293 7273. Mula beroperasi seawal pukul 6.30 pm – 12.00 am, Buka setiap hari (kecuali Ahad). Anda boleh lah rancang waktu yang sesuai untuk ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/merahkuningwestern/

3. FOOD WHEEL TRUCK

Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan yang best di Batu Caves. Jika dah bosan dengan kedai lain, apa kata bolehlah mencuba pula masakan di restoran Food Wheel Truck. Harganya pula berbaloi sesuai rasa dan kuantiti.

Dah try top menu mereka, Kalau belum try jom ajak mak ayah, adik kakak, kawan-kawan datang try, InshaAllah pasti tak menghampakan, dah la murah, berbaloi pulak tu, takkan hanya terliur tengok gambar, jom datang singgah. Yang mana tak makan western, sini ada menu goreng dan berkuah juga. Antara top menu: Mix Grill, Chicken Grill, Meatball, Chicken Chop Grill dan banyak lagi.

Pelbagai menu tempatan dan western pilihan memikat dan memukau mata anda. Pasti rasa setanding dengan harga di tawarkan. Boleh tengok beberapa gambar menu yang disajikan di sini. sebagai preview kalau berminat boleh lah singgah nanti ke restoran Food Wheel Truck ni.

Kalau berhajat nak pergi, ini alamatnya : No.11B, Jalan SBC2, Taman Sri Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor. Boleh hubungi 019-355 7825 @ 03-6186 4080 untutk pertanyaan atau tempahan. Dibuka setiap hari kecuali hari isnin cuti. Beroperasi bermula jam 7:00pm – 12:00am. Jadi boleh rancang perjalan anda nanti jika berhajat untuk ke sini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/foodswheeltruck/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Batu Caves ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Sudah habis baca artikel ni, mohon jasa baik kongsikan pada yang lain juga ye.

Share.

Leave A Reply