3 Tempat Makan Best Western Di Bukit Beruang, Melaka | Khalifah Media Networks – Adakah anda tengah jalan-jalan mencari tempat untuk menjamu selera? Pernah tak anda mengalami situasi ini bila ke sesuatu tempat tercari-cari kat mana nak makan yang best dan sedap? Perut pun mula lapar, kita pun tertanya-tanya mana tempat makan best kat sini?

Jangan pening-pening, disini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Bukit Beruang, Melaka. Kalau berhampiran anda mengapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom jamu mata dengan 3 tempat makan best di Bukit Beruang.

1. AGUS ROTI JOHN

Restoran Agus Roti John ni bukan asing lagi bagi orang yang tinggal dikawasan sekitar Bukit Beruang, Melaka. Disini bukan hanya hidangan western food disajikan, tapi ada menu menarik lain paling Spesial sekali ROTI JOHN AGUS yang anda boleh pilih. Reka hias ruangan kedai yang selesa buat pengunjung menikmati hidangan serta sesuai untuk seisi keluarga.

Harga hidangan mengikut pilihan makanan yang dipilih, jangan risau harga berpatutan sesuai dengan saiz hidangan, yang penting sedap dan pasti kekenyangan. Anda juga boleh mencuba pelbagaai aneka western dan bermacam lagi jenis masakan. Mari lihat beberapa gambar menu menarik yang disajikan di restoran Agus Roti John ni.

Menarik kan? Kecur liur dibuatnya, hidangan resepi mereka pastinya sedap hingga licin pinggan. Jadi apa lagi anda tunggu, boleh lah mula rancang untuk ke restoran Agus Roti John ini. Kalau berhajat nak singgah ini alamatnya : Medan Selara Bukit Beruang Jalan Istana, 75450 Bukit Beruang, Melaka. Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu buat tempahan boleh call 012-282 5753 @ 014-265 5135. Waktu kedai mula beroperasi pada pukul 4.00 petang hingga 12.30 pagi.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/AgusRotiJohn/

2. COFEOLOGY CAFE

Ni satu lagi kedai yang masakan yang sedap dan harganya pulak?? Memang berpatutan, anda makan lah sampai kenyang tersandar. Ada banyak menu western yang dihidangkan untuk korang pilih sesuai selera anda. Ramai kata sedap.

Menu popular disini yang menjadi pilihan ramai iaitu chicken chop dan lamb chop. Pasti puas hati dengan resepi mereka. Jom tengok beberapa sajian menarik restoran ini. Ala sebagai preview kan, kalau berminat nanti nak singgah ke Cofeology Cafe ni kan.

Kedai Cofeology Cafe ni terletak di alamat : Sebelah Wildmill Bukit Beruang, Melaka. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi : 012-616 0277. Dibuka mulai pukul 12.00 pm – 11.30 pm.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/cofeologycafe/

3. BEARISTA CAFFE

Kedai BeaRista Caffe pilihan terakhir ni pun bukan main sedap menu western mereka. Ada bermacam jenis western food yang anda boleh pilih. Harga pula memang bajet, sungguh murah dah la sedap pulak tu. Berbaloi-baloi dan jamin puas hati. Jom tengok antara gambar-gambar menu yang pasti kecur liur ada disini.

Kedai BeaRista Caffe ini terletak di lokasi perniagaan : 18 jalan bbp1 bukit beruang permai, 75450 Bukit Beruang, Melaka. Jadi boleh rancang perjalanan anda bersama keluarga atau rakan-rakan untuk ke sini nanti.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/BeaRista-Caff%C3%A8-1687239851561814/

Habis baca jangan lupa kongsikan artikel ini pada yang lain sama ye!

Share.

Leave A Reply