13 Tempat Makan Best Western Di Cheras, Selangor | Khalifah Media Networks – Jikalau kita ke Selangor, Selain melawat tempat menarik disana antara tempat lain yang selalu ditujui adalah tempat makan. Sudah semestinya tempat makan yang sedap dan best yang kita cari kan?

Disini kami memberikan 13 pilihan tempat makan best western yang sedap di Cheras, Selangor. Kalau dekat, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Jom kita sama-sama kecur liur dengan 13 tempat makan best di Cheras ni.

1. EXPERIMENT KITCHEN

Untuk pengetahuan anda, Restoran ini dah memang terkenal dengan masakan yang sedap. Ini dia Restoran Experiment Kitchen yang tetiba meletop di Cheras. Jika anda ke sini, boleh pilih nak duduk dimana. Disini boleh kata semuanya masakan barat dan tempatan disediakan untuk para pelanggan. Jika anda mencari tempat makan yang Selesa? Harga yang Berpatutan? Makanan yang Sedap? Service yang Baik? maka ini pilihan tepat untuk anda.

Ada berbagai pekej yang disediakan. Disediakan set biasa western food seperti chicken chop dan lamb chop. Kepada yang datang ramai-ramai dan nak merasa berbagai menu bolehlah ke sini. Jom lihat beberapa gambar menarik hidangan.

Keseluruhan masakan di sini memang sedap dan berbaloi dengan harga. Kepada yang nak tahu Restoran Experiment Kitchen ini di mana. Disini kami sertakan sedikit maklumat tentang restoran ini. Alamat : Pusat Perniagaan Cheras Maju, Jalan Cheras Maju, 43200 Balakong Selangor (Berdekatan MRT Batu 11 Cheras dan Hong Leong Balakong). Boleh waze atau google restoran – Experiment Kitchen. Jika ada sebarang pertanyaan boleh telefon : 019-606 6692. Restoran ini dibuka pada pukul 5.30 pm hingga 1.00 am dan dibuka setiap hari kecuali hari isnin cuti. Jadi apa lagi jom pakat-pakat singgah.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/experimentkitchen2016/

2. DON’S CAFE BTHO

Bagi yang sukakan suasana selesa dan menarik, bolehlah berkunjung jamu selera di Don’s Cafe BTHO. Ruang restoran yang dihiasi dengan gaya kreatif memang selesa untuk menjamu selera. Ada pelbagai masakan ala barat disediakan untuk pilihan anda.

Ia juga sesuai untuk makan bersama keluarga mahupun dengan rakan taulan. Ramai yang setuju pekerja Don’s Cafe BTHO ni sangat mesra dan ramah buatkan orang tak rasa janggal bila berada disitu. Harga hidangan sangat berbaloi dengan kesedapan makanan. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat western di Don’s Cafe BTHO.

Tengok pun dah sedap kan. Jadi anda datang sini dapatlah merasa berbagai masakan yang ada. Dah rasa semuanya, selepas ini kalau nak pilih menu ala cart senanglah sebab dah tau yang mana sedap kan? Kepada yang nak tahu lokasi Don’s Cafe BTHO ini di mana. Ini alamatnya : No 11a, Jln Suarasa 8/3, Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras Selangor (Bersebelahan TNB Bandar Tun Hussein Onn,Cheras. Berhadapan tasik Lake Valley). Untuk sebarang pertanyaan boleh call 011-2113 8596. Beroperasi seawal pukul 5.00pm – 2.00am dibuka setiap hari kecuali hari isnin tutup. Jadi cepat kesini kalau tidak mahu terlepas penerbangan anda.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/donscafebtho/

3. BIDOR STATION KOPITIAM

Macam sudah boring makan chicken chop biasa? Pergi kedai mana pun sama? Sini satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan western dan masakan tempatan yang best di Cheras. Dah bosan dengan chicken chop atau lamb chop tempat biasa, apa kata datang try western yang sedap di restoran Bidor Station Kopitiam pula.

Harga? Toksah tanya la memang murah habis. Rasa macam makan dekat hotel, bayar harga warong. Menu popular lain ada juga yang penting sedap. Kalau berminat boleh lah singgah nanti di Bidor Station Kopitiam ni. Sebelum tu jom preview beberapa menu menarik yang ada disini.

Ramai warga Cheras yang memberi review bahawa Bidor Station Kopitiam ni sedap dan best. Kalau berhajat nak singgah, ini alamatnya : Jalan Seri Taming 1E, 43200 Cheras, Selangor. Kalau sesat boleh call 03-910 81471. Dibuka bermula pukul 12.30 pm – 2.00 am. Jom pakat terjah ramai-ramai.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Bidor-station-kopitiam-CHERAS-217661928322510/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Cheras ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah habis baca, jangan lupa kongsi pada yang lain ye!

Share.

Leave A Reply