3 Tempat Makan Best Western Di Jenjarom, Selangor | Khalifah Media Networks – Perkara penting difikirkan jika tiba disesuatu tempat yang baru dikunjungi adalah dimana tempat menjamu selera. Sudah semestinya kita mahukan tempat makan yang sedap dan selesa untuk makan kan?
Usah runsing, disini ada 3 pilihan kami cadangkan pada anda tempat makan best western yang boleh tahan sedap di Jenjarom, Selangor. Apalah salahnya andai mencubanya jika sudah berdekatan dengan tempat penginapan anda kan? Mari kita ketahui dengan lebih lanjut 3 tempat makan best di Jenjarom ini.
1. MEDANG CAFE JENJAROM
Rasa bosan dengan makan makanan yang sama? Sekali sekala apa salahnya cuba makan makanan berkonsepkan barat yang sedap. Datanglah ke Medang Cafe Jenjarom kerana di sana terdapat masakan ala barat yang boleh anda nikmati. Antaranya ialah aneka western food dan banyak lagi. Anda akan rasa berbaloi makan di restoran ini kerana harganya yang setanding dengan rasanya.
Jom lihat beberapa gambar menu yang dihindangkan, mana tahu anda terasa nak mencubanya nanti. Ayuh cuci mata dengan aneka sajian barat dibawah ini.
Ada bermacam lagi menu hebat yang disediakan. Jika anda rasa teringin untuk berkunjung ke restoran Medang Cafe Jenjarom ini, boleh ikuti alamat : No. 40 Jalan 1/3 Taman Seri Jaromas, 42600 Jenjarom, Selangor Darul Ehsan. Nombor Telefon: 011-1571 5375 untuk sebarang pertanyaan atau mahu membuat tempahan. Waktu Operasi bermula pukul 5.00 pm – 12.30 am, Buka dari Selasa hingga Ahad.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/medangcafejenjarom/
2. QIDOT CAFE
Teringin hendak makan makanan barat? Tercari-cari restoran makanan barat di area Jenjarom ini? Saya cadangkan anda untuk pergi ke Qidot Cafe. Bila anda makan di sini tidak rugi rasanya jika mencuba masakan ala barat yang disediakan. Menu lain juga tidak kurang hebatnya dengan sekali suapan sahaja sudah terasa sedapnya. Datanglah ke Qidot Cafe ini bagi memenuhi tekak anda yang inginkan makanan ala barat serta masakan tempatan.
Qidot Cafe juga ada menjual local, western, pizza, korean food & cakes. Selain itu juga, ada coffee, frappe & yogurt. Jom lihat gambar-gambar antara hidangan menarik yang ada di restoran Qidot Cafe ini. Anda pasti kecur liur melihat.
Rasanya bila lihat gambar ini pun dah tahu memang sedap kan? Kalau berhajat nak singgah ke, ini alamat yang perlu anda ikut : Batu 9 (Jalan Klang-Banting) Kampong Medan, 42500 Teluk Panglima Garang, Selangor atau kalau nak senang waze atau google maps – Qidot Cafe. Atau boleh call nombor telefon: 013-336 8688 atau 03-312 28086. Waktu Operasi: 4:00 PM – 11:00 PM dan dibuka setiap hari kecuali hari rabu cuti.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/qidotcafe/
3. GRILL AT 9
Bagi yang mencari makanan barat, boleh lah ke restoran ini. Grill At 9 menyediakan pelbagai makanan barat dan tempatan untuk disajikan. Peminat makanan barat yang lain, pastikan anda singgah makan di sini dalam suasana santai dan cozy. Restoran ini memang cantik dihiasi dengan gaya binaan yang memang terasa selesa untuk jamu selera. Memang recikk habis. Jom cuci mata tengok beberapa gambar menu hebat lain yang mengiurkan.
Ini lokasi restoran Grill At 9 untuk maklumat anda : 3696 Jalan Merak Batu 9 Kebun Baharu, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor. Boleh waze atau google maps – Grill At 9. Boleh juga hubungi nombor ini 011-3313 4796 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan. Mula beroperasi pada pukul 8.00 pm – 12.00am. Jika berhajat untuk membawa ahli keluarga ke sini nanti bolehlah membuat perancangan awal kan.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/grillat9/
Jom kongsikan artikel ini pada yang lain juga.. Semoga bermanfaat.