13 Tempat Makan Best Western Di Johor Bahru, Johor | Khalifah Media Networks – Sudah penat ronda mencari tempat untuk menjamu selera? Pernah tak anda mengalami situasi ini bila ke sesuatu tempat tercari-cari kat mana nak makan yang best dan sedap? Perut pun mula lapar, kita pun tertanya-tanya mana tempat makan best kat sini?

Jangan pening-pening, disini kami memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Johor Bahru, Johor. Kalau berhampiran anda mengapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom jamu mata dengan 13 tempat makan best di Johor Bahru.

1. THE SUBSTITUTES KITCHEN

The Substitutes Kitchen ni bukan asing lagi bagi orang yang tinggal dikawasan sekitar Johor Bahru. Disini bukan hanya hidangan western food disajikan, tapi ada menu tempatan menarik lain yang anda boleh pilih. Reka hias ruangan kedai yang selesa buat pengunjung menikmati hidangan serta sesuai untuk seisi keluarga.

Harga hidangan mengikut pilihan makanan yang dipilih, jangan risau harga berpatutan sesuai dengan saiz hidangan, yang penting sedap dan pasti kekenyangan. Anda juga boleh mencuba pelbagaai aneka western dan bermacam lagi jenis masakan. Mari lihat beberapa gambar menu menarik yang disajikan di The Substitutes Kitchen ni.

Menarik kan? Kecur liur dibuatnya, hidangan resepi mereka pastinya sedap hingga licin pinggan. Jadi apa lagi anda tunggu, boleh lah mula rancang untuk ke The Substitutes Kitchen di Johor Bahru ini. Kalau berhajat nak singgah ini alamatnya : No.53, Jalan Dataran Larkin, Taman Dataran Larkin 1, 80350 Johor Bahru, Johor. Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu buat tempahan boleh call 017-799 6870. Waktu kedai mula beroperasi pada pukul 4.00 petang hingga 11.00 malam dibuka setiap hari kecuali hari selasa tutup.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/TheSubsKitchen/

2. ISTANA SANGKUT KITCHEN

Ni satu lagi kedai yang masakan yang sedap dan harganya pulak?? Memang murah harga warung, anda makan lah sampai kenyang tersandar. Ada banyak menu western yang dihidangkan untuk korang pilih sesuai selera anda. Ramai kata sedap.

Menu popular disini yang menjadi pilihan ramai iaitu chicken chop dan lamb chop. Pasti puas hati dengan resepi mereka. Jom tengok beberapa sajian menarik restoran ini. Ala sebagai preview kan, kalau berminat nanti nak singgah ke Istana Sangkut Kitchen ni kan.

Kedai Istana Sangkut Kitchen ni terletak di alamat : 56 JALAN BERINGIN TAMAN MELODIES 80250 JOHOR BAHRU, JOHOR. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi : 012-767 6497 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan. Dibuka mulai pukul 2.00 pm – 4.00 am. Jadi boleh rancang masa dan hari anda untuk ke sini nanti bersama keluarga atau rakan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/istanasangkutkitchen/

3. BANAFEE VILLAGE

Kedai Banafee Village pilihan terakhir ni pun bukan main sedap menu western mereka. Ada bermacam jenis western food yang anda boleh pilih. Harga pula memang bajet, sungguh murah dah la sedap pulak tu. Berbaloi-baloi dan jamin puas hati. Jom tengok antara gambar-gambar menu yang pasti kecur liur ada disini.

Kedai Banafee Village ini terletak di lokasi perniagaan : 9022, Jalan Dato Abdullah Tahir, 80300 Johor Bahru, Johor. Boleh hubungi nombor 07-333 33777 untuk pertanyaan jika sesat atau membuat tempahan. Jadi boleh rancang perjalanan anda bersama keluarga atau rakan-rakan untuk ke sini nanti.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/banafeevillage/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Johor Bharu ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Habis baca jangan lupa kongsikan artikel ini pada yang lain sama ye!

Share.

Leave A Reply