13 Tempat Makan Best Western Di Kemaman, Terengganu | Khalifah Media Networks – Selalu berkunjung ke negeri Terengganu, sama ada atas urusan kerja mahupun pulang ke kampung halaman. Jangan risau jika anda penggemar makanan western food tetapi tidak tahu kat Terengganu ni dimana ada kedai western. Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.

Disini kami memberi cadangan tiga belas pilihan tempat makan best western yang ramai review cakap sedap di Kemaman, Terengganu. Kalau dekat dengan tempat penginapan, rasanya anda tidak patut lepaskan peluang untuk mencuba kan? Ikuti artikel ini selanjutnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut 13 tempat makan best di Kemaman ni.

1. TEXAS STATION CAFE

Rasanya jika kita tanya orang Kemaman, rata-rata sudah mengenali restoran Texas Station Cafe. Kedai ini mempunyai ruang yang luas, jadi jangan risau jika anda nak bawa keluarga ke sini. Kat sini memang popular dengan keunikan masakan ala barat serta masakan tempatan yang memang menyelerakan.

Harga makanan disini amat berbaloi dan ramai yang pernah mencuba masakan disini pasti akan datang semula. Antara hidangan yang menjadi tarikan disini adalah Chicken Chop, Lamb Chop dan banyak lagi. Jom tengok antara gambar-gambar menu istimewa yang menarik perhatian setiap pelanggan yang datang ke restoran Texas Station Cafe dan menjadi tarikan buat penggemar makanan barat.

Jika anda mencari makanan barat yang sesuai dengan selera anda ? Restoran Texas Station Cafe menyajikan anda pelbagai menu yang menarik sesuai dengan citarasa anda. Jika berhajat untuk ke sini boleh ke alamat : PT 16088 Jalan Kubang Kurus Chukai, 24000 Kemaman, Terengganu (Hadapan Pasaraya Nirwana, sederet Bank Islam & Secret Recipe Kemaman). Kalau sesat boleh call 09-858 6260 @ 0193377260. Restoran Texas Station Cafe ini mula beroperasi setiap pukul 5.00 PM dan tutup pukul 1.00 AM.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/Texas-Station-Cafe-Restaurant-427128014094467/

2. SNOWBOY CAFE

Khas bagi penggemar western food dalam masa yang sama mahu menjamah aneka masakan lain, SnowBoy Cafe adalah pilihan buat anda. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya kreatif minimalis yang menampilkan ciri moden. Jika anda ingin merasai kenikmatan dan kepuasan sebenar makanan ala barat, restoran ini menyediakan pelbagai menu yang menarik dan istimewa.

SnowBoy Cafe bukan sahaja tempat sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan. Selain makanan ala barat, Anda juga pasti mahu mencuba pelbagai wastern food yang kelihatan sedap dan mengiurkan. Jom lihat beberapa gambar menu yang terdapat di restoran SnowBoy Cafe ini.

Banyak lagi menu masakan western dan lain yang terdapat direstoran SnowBoy Cafe ini. Jadi anda boleh datang dan rasai kesedapan yang ramai cakap memang terbaik. Sila ikut alamat ini jika mahu kesini : Lot 21685, jalan merbau, kampung batu 2 1/2 Cukai, 24000 Kemaman, Terengganu. Boleh juga telefon 011-1116 1663 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/SnowBoy-Cafe-426584627757128/

3. CASTER CAFE

Seterusnya pilihan tampat makan yang best, ini pula kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang terbaik di Kemaman. Jika anda boring makan tempat yang sama, rasanya boleh mencuba pula makanan di Caster Cafe ini. Harga jangan risau sebab berbaloi dan makan pun puas hati.

Menu yang disediakan disini memang unik dan ada bermacam pilihan western hingga anda rambang mata nak makan yang mana. Kalau perut besar, boleh cuba semuanya. hehe… Boleh tengok gambar-gambar dibawah sebagai review mana tahu nanti nak singgah disini.

Anda pasti sangat selesa dan menyenangkan untuk menjamu selera di Caster Cafe. Kalau teringin nak pergi, ini alamatnya: Pt 11631 Jalan Saga Kg. Mak Cili, Chukai, 24000 Kemaman, Terengganu. Atau nak mudah search ja guna waze atau google maps – Caster Cafe. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 011-3380 4606. Buka bermula pukul 2.00 pm hingga 12.00 pm. Jom datang bawa bersama family, sedara mara, kawan-kawan untuk mencuba makanan di restoran Caster Cafe ini. InshaAllah puas hati.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/Caster-Cafe-2020459668234197/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Kemaman ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Sudah baca, jom sama-sama kongsikan artikel ini pada penggemar masakan barat yang lain juga. Semoga bermanfaat!

Share.

Leave A Reply