13 Tempat Makan Best Western Di Kuala Lipis, Pahang | Khalifah Media Networks – Sudah boring makan tempat yang sama saja setiap kali. Teringin sesekali ubah angin nak makan kat tempat lain pula. Tapi tak tahu kat mana? Jangan risau, kali ini kami kongsikan pula tempat makan best yang anda boleh terjah.
Di sini kami memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Kuala Lipis, Pahang. Kalau dekat dengan tempat tinggal anda, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Mari kita jamu mata dengan 13 tempat makan best di Kuala Lipis ni.
1. KAYU KAYAN GRILLS
Anda dah pernah rasa masakan di restoran Kayu Kayan Grills ni belum? Jika belum, boleh rancang bersama keluarga untuk merasai masakan di sini pula. Selain Western food, Restoran ini juga terkenal dengan menu masakan tempatan. Terdapat pelbagai hidangan menarik selera disediakan disini, Anda mungkin nak cuba semuanya sebab nampak mengiurkan.
Restoran ini memang santai, sesuai untuk keluarga dan bertemu rakan-rakan. Anda boleh memilih sesuai selera anda peminat western food. Harganya pula berpatutan dengan makanan, yang penting sedap dan puas hati. Jom tengok gambar-gambar menu makanan western yang terdapat di sini.
Kami selitkan cuma beberapa menu masakan saja, terdapat banyak lagi menu masakan yang disajikan di restoran Kayu Kayan Grills ni. Anda datang dan cuba sendiri resepi masakan mereka. Kalau nak singgah ni alamatnya : Kampung Kuala Telang, 27200 Kuala Lipis, Pahang atau boleh cari google maps – Kayu Kayan Grills Western Food.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pages/Kayu-Kayan-Grills-Western-Food-Dboommm/956415384386167
2. BERKAT ISZAI
Bagi yang nak merasai kesedapan masakan western, anda boleh lah mencuba makanan di restoran Berkat Iszai ini. Ramai review cakap memang padu, harga pula macam tak percaya murah dengan makanan sedap. Di sini mereka juga menyajikan masakan tempatan selain masakan western. Sangat sesuai bawa keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?
Jangan risau sebab ramai setuju kata pekerja Berkat Iszai ni ramah dan mesra, anda pasti tak rasa janggal berada di situ. Menariknya disini, selain western, aneka makanan berkuah dan goreng pun ada. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat yang ada di Berkat Iszai ni.
Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di Berkat Iszai ni. Bak kata orang memang padu! Kalau anda nak ke sini, ikut alamat berikut : 29-1 Lorong BBKL 2/2/1 Bandar Baru Kuala Lipis, 27200 Kuala Lipis, Pahang atau boleh guna waze taip jer nama Berkat Iszai nanti ada la tu. Anda boleh lah rancang waktu yang sesuai untuk ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pages/Restoran-Berkat-Iszai/100247807009595
3. DE LIPIS CAFE
Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan western yang best di Kuala Lipis. Jika dah boring dengan kedai lain, apa kata boleh lah cuba pula dengan De Lipis Cafe. Harganya pula berbaloi sesuai rasa dan kuantiti. Boleh tengok beberapa gambar menu yang disajikan di sini. sebagai preview kalau berminat boleh lah singgah nanti ke De Lipis Cafe ni.
Kalau berhajat nak pergi, ini alamatnya : No. 1 Jalan Pahang Club, 27200 Kuala Lipis, Pahang. Jadi boleh rancang perjalan anda nanti jika berhajat untuk ke sini.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pages/De-Lipis-Cafe-Pahang-Club/141517952598144
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Kuala Lipis ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca jangan lupa kongsikan pada yang lain ye.