13 Tempat Makan Best Western Di Kuala Selangor, Selangor | Khalifah Media Networks – Perut dah mula lapar, kebiasaannya bila kita sampai di sesuatu tempat yang jarang kita pergi, kita pun akan bertanya, “mana tempat makan best kat sini?”. Kan ?

Di sini kami memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Kuala Selangor, Selangor. Kalau dekat dengan tempat penginapan, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom kita jamu mata dengan 13 tempat makan best di Kuala Selangor ni.

1. NOAH STREET’S

Kalau tanya orang sekitar, Restoran Noah Street’s di Kuala Selangor ni bukan lah suatu yang asing. Selain masakan tempatan, tempat ni popular dengan menu masakan Western yang perghhh mengiurkan. Ruang restoran luas dan selesa untuk keluarga.

Walau harganya berpatutan, tapi hidangan makanannya sangat banyak. Walau sedap, anda mungkin tak habis melicinkan juadah yang terhidang. Jadi boleh la berkongsi kalau tau perut kecik ye. Boleh tengok gambar-gambar antara makanan western ni Restoran Noah Street’s ni.

Restoran Noah Street’s ni terletak di alamat : No 21, Jalan Perusahaan 2B, 45000 Kuala Selangor, Selangor. Boleh waze/Google map – Noah Street’s Burger. Restoran Noah Street’s ni dibuka pada pukul 6.00 am hingga 11.00 pm. Boleh hubungi 013-248 8582 untuk pertanyaan atau tempahan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/noahstreetsburger/

2. MANAMANA CHOPS N GRILL

Bagi yang berjiwa muda yang sukakan suasana yang selesa boleh la singgah jamu selera di Manamana Chops N Grill. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya yang sangat santai untuk menjamu selera.

Restoran Manamana Chops N Grill bukan sahaja tempat yang sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan untuk berbincang ataupun melepak (eh?). Ramai yang setuju pekerja Restoran Manamana Chops N Grill ni sangat mesra dan ramah dan buatkan orang tak rasa janggal bila berada di situ.

Masakan western barat yang paling popular di sini adalah chicken chop memang Terbaikk. Terkenal juga dengan sup seringgit. Bak kata orang, memang padu!! Boleh tengok gambar-gambar menu yang sedap di Restoran Manamana Chops N Grill.

Sebelum terlupa, ni alamat Restoran Manamana Chops N Grill ni : No 5, medan selera MDKS, km 1 jalan klang-kuala selangor, 45000 Kuala Selangor, Selangor. Boleh juga hubungi nombor 018-372 2650 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. Beroperasi bermula 4.30pm – 12.00am Oleh itu, cuba cari masa yang sesuai untuk anda.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Manamanachops/

3. THE HANDLEBAR CAFE

Ni satu lagi kedai hipster yang menyediakan juadah makanan yang best di Kuala Selangor. Jika dah boring dengan Cafe lain, ha apa lagi boleh lah cuba pula dengan The Handlebar Cafe. Boleh tengok gambar-gambar di bawah. Ala, sebagai preview kan. Kalau berminat, boleh lah singgah nanti ke The Handlebar Cafe.

Ramai warga Kuala Selangor yang memberi review bahawa The Handlebar Cafe ni sedap dan best. Kalau teringin nak singgah, ini alamatnya : No.2 Jalan Medan Perwira Kuala Selangor, 45000 Kuala Selangor, Selangor. Boleh call 019-204 7472 untuk sebarang pertanyaan. Dibuka bermula pukul 10.00am hingga 10.00pm. Jadi rancang perjalanan anda nanti bila di Kuala Selangor. Bila dah lapar, apa lagi boleh la singgah di restoran The Handlebar Cafe ni kan. InsyaAllah sedap.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/thehandlebarcafeks/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Kuala Selangor ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply