3 Tempat Makan Best Western Di Mukah, Sarawak | Khalifah Media Networks – Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda lokasi kedai makan best kepada anda jika bercuti atau berkunjung ke Mukah, Sarawak. Memang lumrah bila kita sampai di sesuatu tempat yang jarang kita pergi, perut pun mula kelaparan, kita pasti tertanya-tanya dimana tempat makan best kat sini? kan?

Ok disini kami membari tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Mukah, Sarawak. Kalau berdekatan dengan anda, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom kita jamu mata dengan 3 tempat makan best di Mukah ni.

1. I PREFER ORIGINAL

Restoran I Prefer Original ini sangat disyorkan pada anda jika memilih ‘port’ yang bersih, kemas & teratur. Restoran ini yang dihias kemas agak menarik perhatian. Ok berkenaan dengan hidangan disediakan disini. Apa yang syoknya kedai ni servis cepat! Rasa hidangan pun puas hati. Nampak simple je tapi sampai licin jugak la jika makan. So tak menyesal order. Kedai ni offer pelbagai jenis masakan panas including western food. Harganya juga berpatutan janji best. Apa lagi yg best kat restoran ni? Meh tengok gambar menu menarik direstoran I Prefer Original ini.

Memang highly recommended pada sesiapa yang singgah ke Mukah atau memang orang area Mukah untuk singgah ke restoran ni. Sebelum terlupa ini alamatnya jika berhajat untuk pergi : Lot 1156,(G/F), Jalan Orang Kaya Setiaraja, Mukah new Township Extension, 96400 Mukah, Sarawak. Waktu perniagaan pula bermula pukul 10.00 am – 9.00 pm. Jika ada sebarang pertanyaan boleh call 084-871 385.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/ipreferoriginalmukah/

2. MUKAH HOMEMADE BURGER

Ni satu lagi kedai yang best di Mukah, Kedai Mukah Homemade Burger ini menyajikan hidangan makanan yang sedap dan hipster, terdapat bermacam variasi menu disini dengan pelbagai rasa dan pasti korang akan berpuas hati dengan masakan yang dihidangkan di Mukah Homemade Burger ini.

Ada bermacam menu yang menarik dan mengiurkan terdapat disini, antara yang uniknya disini terdapat makanan western disukai ramai dan lain-lain lagi. Jom tengok beberapa gambar menarik disini.

Jika anda berhajat untuk singgah ke Mukah Homemade Burger, ini alamatnya : No. 26 & No. 27, Lorong 6, Taman Li Hua Phase 4, 96400 Mukah, Sarawak. Boleh hubungi 084-871 831 jika ada sebarang pertanyaan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/mukahhomemadeburgers/

3. KREEMOVER

Bagi peminat makanan hipster, ini satu lagi restoran yang menyediakan masakan ala barat yang menjadi tumpuan ramai. Masakan barat disini ramai yang review cakap memang sedap dan puas hati. Kedai pun memang lawa sebab dihias dengan kreatif ala hipster. Sesuai untuk datang bersama seisi keluarga atau bersama dengan rakan-rakan berbincang sesuatu urusan atau melepak. Jom ita cuci mata tengok gambar hidangan menarik yang ada di restoran Kreemover.

Menarik bukan hidangan di restoran Kreemover ini. Jika nak singgah, ini lokasinya : No.42 Taman Yung SENG, 96400 Mukah, Sarawak. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan boleh telefon : 016-833 2417. So boleh rancang perjalan anda nanti untuk datang ke sini samada bersama keluarga atau dengan kawan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/kreemover/

Jangan lupa kongsikan artikel ini selepas dah habis baca ye!

Share.

Leave A Reply