13 Tempat Makan Best Western Di Pekan, Pahang | Khalifah Media Networks – Jika anda bercadang untuk ke negeri Pahang, sama ada atas urusan kerja mahupun pulang ke kampung halaman. Jangan risau jika anda penggemar makanan western food tetapi tidak tahu kat Pahang ni dimana ada kedai western. Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.

Disini kami memberi cadangan tiga belas pilihan tempat makan best western yang ramai review cakap sedap di Pekan, Pahang. Kalau dekat dengan tempat penginapan, rasanya anda tidak patut lepaskan peluang untuk mencuba kan? Ikuti artikel ini selanjutnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut 13 tempat makan best di Pekan.

1. D’ LAARIZZ STATION

Rasanya jika kita tanya orang Pekan, rata-rata sudah mengenali Restoran D’ Laarizz Station. Kedai ini mempunyai ruang yang luas, jadi jangan risau jika anda nak bawa keluarga ke sini. Kat sini memang popular dengan keunikan masakan ala barat serta masakan tempatan yang memang menyelerakan.

Harga makanan disini amat berbaloi dan ramai yang pernah mencuba masakan disini pasti akan datang semula. Antara hidangan yang menjadi tarikan disini adalah Chicken Chop, Lamb Chop/Grill dan banyak lagi. Jom tengok antara gambar-gambar menu istimewa yang menarik perhatian setiap pelanggan yang datang ke restoran D’ Laarizz Station dan menjadi tarikan buat penggemar makanan barat.

Jika anda mencari makanan barat yang sesuai dengan selera anda ? D’ Laarizz Station menyajikan anda pelbagai menu yang menarik sesuai dengan citarasa anda. Jika berhajat untuk ke sini boleh ke alamat : No.17 tingkat bawah, lorong perdagangan 2, jalan engku muda mansur, 26600 Pekan, Pahang. Kalau sesat boleh call 014-820 9339. Restoran D’ Laarizz Station ini mula beroperasi seawal pukul 11.00 AM dan tutup pukul 11.00 PM.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/D-Laarizz-station-797471723796206/

2. IKA’S DELI

Khas bagi penggemar western food dalam masa yang sama mahu menjamah aneka masakan lain, Ika’s Deli atau dahulu dikenali dengan nama Pekan Tapau Pasta adalah pilihan buat anda. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya kreatif minimalis yang menampilkan ciri moden. Jika anda ingin merasai kenikmatan dan kepuasan sebenar makanan ala barat, restoran ini menyediakan pelbagai menu yang menarik daripada ayam dan kambing yang diperap istimewa. Antara menu hebat yang sedap seperti Spaghetti Aglio Olio Tempura Chicken.

Ika’s Deli bukan sahaja tempat sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan. Selain makanan ala barat, Anda juga pasti mahu mencuba pelbagai wastern food yang kelihatan sedap dan mengiurkan. Jom lihat beberapa gambar menu yang terdapat di restoran ini.

Banyak lagi menu masakan western dan lain yang terdapat direstoran Ika’s Deli ini. Jadi anda boleh datang dan rasai kesedapan yang ramai cakap memang terbaik. Sila ikut alamat ini jika mahu kesini : Medan Selera PAKAR, 26600 Pekan, Pahang. Waktu mereka beroperasi bermula pukul 5:30 PM – 12:00 AM. Boleh juga telefon 012-260 4959 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/ikasdeli/

3. WIBY STATION PEKAN

Seterusnya pilihan tampat makan yang best ini kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang terbaik di Pekan. Jika anda boring makan tempat yang sama, rasanya boleh mencuba pula makanan di Wiby Station ini. Harga jangan risau sebab berbaloi dan makan pun puas hati.

Menu yang disediakan disini memang unik dan ada bermacam pilihan western hingga anda rambang mata nak makan yang mana. Kalau perut besar, boleh cuba semuanya. hehe..Boleh tengok gambar-gambar dibawah sebagai review mana tahu nanti nak singgah disini.

Anda pasti sangat selesa dan menyenangkan untuk menjamu selera. Kalau teringin nak pergi, ini alamatnya: pekan the royal town, 26600 Pekan, Pahang. Atau Sebarang pertanyaan boleh hubungi 014-211 3392. Buka bermula pukul 10.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari kecuali hari Ahad cuti. Pakat mai bawa family, sedara mara, kawan-kawan makan disini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/wibystationnnn/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Pekan ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca jom kongsikan pada penggemar masakan barat yang lain.

Share.

Leave A Reply