13 Tempat Makan Best western Di Permatang Pauh, Pulau Pinang | Khalifah Media Networks – Perut dah mula bernyanyi-nyanyi kelaparan, anda masih lagi tercari-cari tempat makan di kawasan Permatang Pauh. Mestilah nak cari kedai makan yang best dan sedap kan?

Jangan pening-pening, disini kami bantu anda untuk membuat pilihan tempat makan best yang anda boleh pergi. Mana tahu dekat dengan tempat anda, kenapa tidak untuk mencuba ye tak? Ayuh lanjutkan dengan 13 tempat makan best di Permatang Pauh.

1. RESTORAN FAIS

Kalau korang nak makan Western Food yang sedap di Penang, restoran ni memang highly recommeded. Western Food kegemaran ramai di restoran ini mestilah Chicken Chop dengan sos BBQ. Memang sedap sos BBQ ni. Rasa dia memang complete dan tersendiri. Saiz ayam pon besar. Well cooked. Rangup di luar lembut di dalam. Tepung yang celup ayam tu pun memang lain daripada lain.

Restoran ini macam kedai makan biasa saja. Tapi kesedapan chicken chop disini memang tempat lain kena angkat bendera putih la. Over tak? Tapi itulah hakikatnya. Cicken chop kat sini berganda-ganda sedap. Hopefully Restoran ni takkan tukar tukang masak Western Food diorang sampai bila-bila. Jom tengok beberapa gambar makanan yang ada di restoran ini.

Restoran Fais ini dibuka setiap hari. Tetapi hari Ahad tiada menu Western Food. Tukang masak Western Food cuti agaknya. Yang ada cuma makanan goreng-goreng ala Thai. Menu lain seperti Sizzling Mee juga mendapat sambutan. ni alamatnya : 1260 MK 4 Permatang Janggus, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang. Restoran ini dibuka bermula pukul 5.00 petang sampai pukul 12 tengah malam sahaja. Kalau nak pergi makan dekat situ seelok-eloknya anda call dulu untuk reservation, ni nombornya 0124602035.

Order siap-siap supaya anda tidak perlu tunggu.  Kadang-kadang customer sangat ramai sampaikan ada customer yang baru sampai tak dapat tempat duduk. Tapi customer-customer tu still jugak berdiri dan tunggu untuk dapat tempat duduk. Ruang restoran dia pulak kecik je. Jadi eloklah anda call buat tempahan dulu.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pages/Restoran-Fais-Permatang-Pauh/553003111387191?rf=436991689676390

2. GELAS BESAR WESTERN FOOD

Kalau anda dah puas makan di Restoran Fais, ini satu lagi restoran pilihan yang anda boleh tujui, Restoran Gelas Besar. Selain masakan western yang mengiurkan, ada pelbagai masakan ala Melayu, Thai dan Jepun turut disediakan. Disini sangat sesuai jika membawa ahli keluarga kerana ruang restoran yang luas.

Ada bermacam menu pilihan yang anda boleh pilih, jika anda suka western food, disini hidangan popular adalah MixGrill LambChick dan Chicken Parmiagana. Ada menu lain lagi yang sedap mungkin kena dengan selera anda kan. Jom lihat beberapa gambar hidangan menarik di restoran Gelas Besar ni.

Tengok pun dah buat kita kecur liur kan? Tu tak kena lagi menu menarik yang lain confirm tersandar kekenyangan. Kalau anda berhajat ke sini, ini alamatnya : 2069, Jalan Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang (bertentangan caltex permatang pauh/berdekatan butik Fareeda). Atau boleh Google Maps + Waze : Restoran Gelas Besar.

Restoran ini beroperasi seawal pukul 3.00 petang dan tutup pada 1.00 pagi, dibuka setiap hari kecuali hari Rabu cuti. Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan boleh telefon nombor 0134853738. Jadi boleh lah anda mula merancang untuk kesini nanti.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Gelas-Besar-Western-Food-180972619132008/

3. WAN ZAI WESTERN

Ni satu lagi restoran pilihan yang anda wajib cuba hidangan masakan mereka. Selain western food, restoran Wan Zai turut menyediakan hidangan ala timur tengah seperti nasi mandy & madghout, ada juga hidangan pasta dan grill. Yang menjadi tarikan kesini selain masakan western adalah masakan arab yang sedap. Sebagai preview untuk anda jamu mata, ini beberapa gambar menu disediakan.

Jika anda nak kesini, boleh ikut alamat ini : Permatang Janggus, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang (Sebelah sekolah permatang tok kandu depan kak sal nasi kelate. Ada nama kedai wan zai bawal goreng dan sebelah bawal goreng ada kedai nama wan zai western & arabic). Kalau sesat boleh call 017-4710021 atau untuk sebarang tempahan. Restoran ini dibuka pada pukul 3.00pm hingga 12.00pm. Apa lagi jom pakat serbu.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Wan-Zai-Western-Arabic-564484430617685/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Permatang Pauh ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Jom kongsikan artikel ini pada yang lain juga.

Share.

Leave A Reply