13 Tempat Makan Best Western Di Pulau Sebang, Melaka | Khalifah Media Networks – Seandainya anda membuat perancangan untuk bercuti ke negeri Melaka, atau ada urusan kerja mahupun pulang ke kampung halaman. Jangan risau jika anda penggemar makanan western food tetapi tidak tahu kat Melaka ni dimana ada kedai western. Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.

Disini kami memberi cadangan tiga belas pilihan tempat makan best western yang ramai review cakap sedap di Pulau Sebang, Melaka. Kalau dekat dengan tempat penginapan, rasanya anda tidak patut lepaskan peluang untuk mencuba kan? Ikuti artikel ini selanjutnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut 13 tempat makan best di Pulau Sebang ni.

1. BAM BAM BISTRO

Rasanya jika kita tanya orang Pulau Sebang, rata-rata sudah mengenali Bam Bam Bistro. Kedai ini mempunyai ruang yang luas, jadi jangan risau jika anda nak bawa keluarga ke sini. Kat sini memang popular dengan keunikan masakan ala barat dan aneka burger yang memang menyelerakan.

Harga makanan disini amat berbaloi dan ramai yang pernah mencuba masakan disini pasti akan datang semula. Antara hidangan yang menjadi tarikan disini adalah Chicken Chop, Lamb Chop/Grill dan banyak lagi. Jom tengok antara gambar-gambar menu istimewa yang menarik perhatian setiap pelanggan yang datang ke restoran Bam Bam Bistro dan menjadi tarikan buat penggemar makanan barat.

Jika anda mencari makanan barat yang sesuai dengan selera anda ? Restoran Bam Bam Bistro menyajikan anda pelbagai menu yang menarik sesuai dengan citarasa anda. Jika berhajat untuk ke sini boleh ke alamat : Lot 16231, gabana villa, jalan mahsuri utama, pulau sebang, 78000 melaka. Atau Waze : Bam Bam Bistro. Kalau sesat boleh call 012-639 1224. Restoran Bam Bam Bistro ini mula beroperasi setiap pukul 6.30 PM dan tutup pukul 11.30 PM.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/bambambistro/

2. PABLO CAFE

Khas bagi penggemar western food dalam masa yang sama mahu menjamah aneka masakan lain, Pablo Cafe adalah pilihan buat anda. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya kreatif minimalis yang menampilkan ciri moden. Jika anda ingin merasai kenikmatan dan kepuasan sebenar makanan ala barat, restoran ini menyediakan pelbagai menu yang menarik dan istimewa.

Pablo Cafe bukan sahaja tempat sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan. Selain makanan ala barat, Anda juga pasti mahu mencuba masakan lain yang kelihatan sedap dan mengiurkan. Jom lihat beberapa gambar menu yang terdapat di restoran ini.

Banyak lagi menu masakan western dan lain yang terdapat direstoran Pablo Cafe ini. Jadi anda boleh datang dan rasai kesedapan yang ramai cakap memang terbaik. Sila ikut alamat ini jika mahu kesini : No.1940 Jalan Baiduri,Taman Baiduri, 78000 Alor Gajah, Melaka. Waktu mereka beroperasi bermula pukul 6:00 PM – 11:00 PM dan cuti pada hari isnin. Boleh juga telefon 017-651 0094 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/PABLO-CAFE-ALOR-GAJAH-895502333916447/

3. AIDA CAFE

Seterusnya pilihan tampat makan yang best ini kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang terbaik di Pulau Sebang. Jika anda boring makan tempat yang sama, rasanya boleh mencuba pula makanan di Aida Cafe ini. Harga jangan risau sebab berbaloi dan makan pun puas hati.

Menu yang disediakan disini memang unik dan ada bermacam pilihan western hingga anda rambang mata nak makan yang mana. Kalau perut besar, boleh cuba semuanya. hehe..Boleh tengok gambar-gambar dibawah sebagai review mana tahu nanti nak singgah disini.

Anda pasti sangat selesa dan menyenangkan untuk menjamu selera. Kalau teringin nak pergi, ini alamatnya: 5856 Kedai Mara Pulau Sebang, 78000 Melaka. Atau Sebarang pertanyaan boleh hubungi 011-2432 2262. Buka bermula pukul 8.00 am hingga 12.00 am. Jom bawa family, sedara mara, kawan-kawan makan di Aida Cafe.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Aida-Cafe-679757145373561/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Pulau Sebang ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca jom kongsikan pada penggemar masakan barat yang lain.

Share.

Leave A Reply