3 Tempat Makan Best Western Di Shah Alam, Selangor | Khalifah Media Networks – Sudah penat ronda mencari tempat untuk menjamu selera? Pernah tak anda mengalami situasi ini bila ke sesuatu tempat tercari-cari kat mana nak makan yang best dan sedap? Perut pun mula lapar, kita pun tertanya-tanya mana tempat makan best kat sini?

Jangan pening-pening, disini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Shah Alam, Selangor. Kalau berhampiran anda mengapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom jamu mata dengan 3 tempat makan best di Shah Alam.

1. MEAT CARTEL BBQ

Meat Cartel BBQ ni bukan asing lagi bagi orang yang tinggal dikawasan sekitar Shah Alam. Disini bukan hanya hidangan western food disajikan, tapi ada menu tempatan menarik lain yang anda boleh pilih. Reka hias ruangan kedai yang selesa buat pengunjung menikmati hidangan serta sesuai untuk seisi keluarga.

Harga hidangan mengikut pilihan makanan yang dipilih, jangan risau harga berpatutan sesuai dengan saiz hidangan, yang penting sedap dan pasti kekenyangan. Anda juga boleh mencuba pelbagaai aneka western dan bermacam lagi jenis masakan. Mari lihat beberapa gambar menu menarik yang disajikan di Meat Cartel BBQ ni.

Menarik kan? Kecur liur dibuatnya, hidangan resepi mereka pastinya sedap hingga licin pinggan. Jadi apa lagi anda tunggu, boleh lah mula rancang untuk ke Meat Cartel BBQ di Shah Alam ini. Kalau berhajat nak singgah ini alamatnya : Lab 23, Ardence Labs, Persiaran Setia Alam, Eco Ardence, 40170 Shah Alam, Selangor. Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu buat tempahan boleh call 013-292 0810. Waktu kedai mula beroperasi pada pukul 12.00 petang hingga 11.00 malam.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/meatcartelbbq/

2. MASITA STEAK HOUSE

Ni satu lagi kedai yang masakan yang sedap dan harganya pulak?? Memang murah harga warung, anda makan lah sampai kenyang tersandar. Ada banyak menu western yang dihidangkan untuk korang pilih sesuai selera anda. Ramai kata sedap.

Menu popular disini yang menjadi pilihan ramai iaitu chicken chop dan lamb chop. Pasti puas hati dengan resepi mereka. Jom tengok beberapa sajian menarik restoran ini. Ala sebagai preview kan, kalau berminat nanti nak singgah ke Masita Steak House ni kan.

Kedai Masita Steak House ni terletak di alamat : No. VG2, Blok M, Jln Plumbum V/7V, seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi : 03-5523 5102 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan. Dibuka mulai pukul 3.00 pm – 1.00 am. Jadi boleh rancang masa dan hari anda untuk ke sini nanti bersama keluarga atau rakan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/massteakhouse123/

3. ME’NATE STEAK HUB

Kedai Me’nate Steak Hub pilihan terakhir ni pun bukan main sedap menu western mereka. Ada bermacam jenis western food yang anda boleh pilih. Harga pula memang bajet, sungguh murah dah la sedap pulak tu. Berbaloi-baloi dan jamin puas hati. Jom tengok antara gambar-gambar menu yang pasti kecur liur ada disini.

Kedai Me’nate Steak Hub ini terletak di lokasi perniagaan : Vista Alam, Jalan Ikhtisas,, 40000 Shah Alam, Selangor. Boleh hubungi nombor 03-5523 3493 untuk pertanyaan jika sesat atau membuat tempahan. Beroperasi mula pukul 11.00am hingga 11.00pm. Jadi boleh rancang perjalanan anda bersama keluarga atau rakan-rakan untuk ke sini nanti.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/menateshahalam/

Habis baca jangan lupa kongsikan artikel ini pada yang lain sama ye!

Share.

Leave A Reply