13 Tempat Makan Best Western Di Skudai, Johor | Khalifah Media Networks – Korang sentiasa berkunjung ke Johor, sama ada atas urusan kerja mahupun pulang ke kampung halaman. Jangan risau jika anda penggemar makanan western food tetapi tidak tahu kat Johor ni dimana ada kedai western. Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.

Disini kami memberi cadangan tiga belas pilihan tempat makan best western yang ramai review cakap sedap di Skudai, Johor. Kalau dekat dengan tempat penginapan, rasanya anda tidak patut lepaskan peluang untuk mencuba kan? Ikuti artikel ini selanjutnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut 13 tempat makan best di Skudai ni.

1. DE ARIANA’S KITCHEN

Rasanya jika kita tanya orang Skudai, rata-rata sudah mengenali restoran De Ariana’s Kitchen. Kedai ini mempunyai ruang yang luas, jadi jangan risau jika anda nak bawa keluarga ke sini. Kat sini memang popular dengan keunikan masakan ala barat serta masakan tempatan yang memang menyelerakan.

Harga makanan disini amat berbaloi dan ramai yang pernah mencuba masakan disini pasti akan datang semula. Antara hidangan yang menjadi tarikan disini adalah Chicken Chop, Lamb Chop dan banyak lagi. Jom tengok antara gambar-gambar menu istimewa yang menarik perhatian setiap pelanggan yang datang ke restoran De Ariana’s Kitchen dan menjadi tarikan buat penggemar makanan barat.

Jika anda mencari makanan barat yang sesuai dengan selera anda ? Restoran De Ariana’s Kitchen menyajikan anda pelbagai menu yang menarik sesuai dengan citarasa anda. Jika berhajat untuk ke sini boleh ke alamat : No 199, Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, 81300 Skudai, Johor Bahru. Kalau sesat boleh call 016-265 8132. Restoran De Ariana’s Kitchen ini mula beroperasi setiap pukul 3.00 PM dan tutup pukul 12.00 AM.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/De-Arianas-Kitchen-850412425167076/

2. THE MARCOPOLO KITCHEN

Khas bagi penggemar western food dalam masa yang sama mahu menjamah aneka masakan lain, The Marcopolo Kitchen adalah pilihan buat anda. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya kreatif minimalis yang menampilkan ciri moden. Jika anda ingin merasai kenikmatan dan kepuasan sebenar makanan ala barat, restoran ini menyediakan pelbagai menu yang menarik dan istimewa.

The Marcopolo Kitchenbukan sahaja tempat sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan. Selain makanan ala barat, Anda juga pasti mahu mencuba pelbagai wastern food yang kelihatan sedap dan mengiurkan. Jom lihat beberapa gambar menu yang terdapat di restoran The Marcopolo Kitchen ini.

Banyak lagi menu masakan western dan lain yang terdapat direstoran The Marcopolo Kitchen ini. Jadi anda boleh datang dan rasai kesedapan yang ramai cakap memang terbaik. Sila ikut alamat ini jika mahu kesini : No. 35, Jalan Indah 15/2,Taman Bukit Indah, 81200 Skudai, Johor Bahru. Boleh juga telefon 07-234 3111 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan. Masa operasi 11.30 Ptg – 11.00 Mlm.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/themarcopolokitchen/

3. SJ CAFE

Seterusnya pilihan tampat makan yang best, ini pula kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang terbaik di Skudai. Jika anda boring makan tempat yang sama, rasanya boleh mencuba pula makanan di SJ Cafe ini. Harga jangan risau sebab berbaloi dan makan pun puas hati.

Menu yang disediakan disini memang unik dan ada bermacam pilihan western hingga anda rambang mata nak makan yang mana. Kalau perut besar, boleh cuba semuanya. hehe… Boleh tengok gambar-gambar dibawah sebagai review mana tahu nanti nak singgah disini.

Anda pasti sangat selesa dan menyenangkan untuk menjamu selera di SJ Cafe. Kalau teringin nak pergi, ini alamatnya: Lot 3659, Jalan Besar, Kampung Sinaran Baru, 81300 Skudai, Johor. Atau nak mudah search ja guna waze atau google maps – SJ Cafe. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 013-774 6877. Beroperasi dari pukul 3.30pm – 12.00am, Dari hari ahad hingga jumaat. Jom datang bawa bersama family, sedara mara, kawan-kawan untuk mencuba makanan di restoran SJ Cafe ini. InshaAllah puas hati.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/DSINARANTOMYAM3659/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Skudai ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Sudah baca, jom sama-sama kongsikan artikel ini pada penggemar masakan barat yang lain juga. Semoga bermanfaat!

Share.

Leave A Reply