13 Tempat Makan Best Western Di Taiping, Perak | Khalifah Media Networks – Kali ini admin ingin berkongsi kepada anda bila pertama kali ke Taiping. Sebenarnya sudah terus jatuh cinta walaupun baru menjejakkan kaki ke sini membuat diri terus rasa terpesona. Seperti biasa admin banyak mencari dan singgah tempat-tempat makan yang best di Taiping. Pada awalnya admin banyak merujuk direktori yang diperolehi daripada kawan-kawan.
Sesuatu yang agak menarik di sini admin dapat menikmati makanan yang sangat menyelerakan dengan harga yang sangat berpatutan. Nak pulak admin ni jenis suka masakan ala-ala hipsturr, jadi kali ini admin nak kongsikan dengan anda 13 tempat best western yang ada di Taiping, Perak ini.
1. THE BBQ GARAGE
Restoran hipster ni memang terkenal dah, kalau tanya pada orang sekitar mesti The BBQ Garage ni bukan sesuatu yang asing lagi bagi mereka. Bermacam jenis hidangan hipster yang disajikan. Anda cuma perlu pilih saja, tapi admin mula-mula tengok rambang mata tak tahu nak pilih yang mana, so admin minta staff yang ambil order tu tolong suggestkan. Dia suggest ambil antara menu famous di sini iaitu Chicken Chop + Sausage + Meatball Cheesy + Soft Drinks. Suasana hiasan kedai pun memang cantik dan kreatif, selesa untuk makan.
Harga setiap hidangan pula memang berbaloi. Kalau dah sedap, berapa pun sanggup bayar kan? Janji puas hati yang penting best. Saiz hidangan pun boleh buat anda mengah untuk habiskannya tau. Jadi sebagai cuci mata mari lihat beberapa gambar menu menarik di restoran ni.
Sebagai makluman, The BBQ Garage bergabung dengan satu restoran western yang terkenal juga iaitu Deli Cafe. Sudah semestinya gabungan dua restoran western yang terkenal ini memang tip top masakan mereka kan. Kalau anda berhajat nak singgah boleh ikut alamat ini : No.60 jalan kampung Pak Dollah Kamunting, 34600 Taiping, Perak. Kalau sesat boleh google maps atau waze. Boleh juga hubungi nombor 018-985 1700 untuk sebarang pertanyaan. Waktu operasi dari jam 2:00 PM – 11:30 PM. Dibuka setiap hari kecuali hari isnin cuti.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/TheBBQGarage/
2. RAINTOWN BROTHER WESTERN CAFE
Sebenarnya dah jatuh hati dengan satu kedai western ni. So far memang banyak menu disediakan dan rekaan dalaman kedai cantik sangat. Admin terus terfikir kalau ada family datang memang nak bawa datang sini. Menu hidangan mereka buat kita tak tahu nak pilih yang mana.
Tempat ini memang sesuai untuk anda sekeluarga atau datang bersama rakan-rakan. Harganya setiap hidangan yang disajikan berpatutan dengan saiz portion yang memang buat anda kenyang sangat. Kalau anda tak habis boleh lah kongsi. Ini antara gambar menu ada menarik di sini.
Tengok pun dah mengiurkan, kalau anda berhajat nak singgah, ini admin nyatakan lokasi restorab ini : No.15, Lorong PK 7, Jalan Stesyen Kawasan Perusahaan Kamunting, 34600 Taiping, Perak. Boleh hubungi nombor berikut untuk sebarang pertanyaan atau tempahan 017-513 5494. Waktu operasi bermula dari pukul 4:00 PM – 11:30 PM.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/RaintownBrotherWestern/
3. LE’PAK KITCHEN
Ni satu lagi kedai western yang best di Taiping. Le’Pak Kitchen ni memang lain dari lain. Action kitchen restoran ini yang berkonsepkan Open. Jadi anda boleh tengok cheff-cheff mereka beraksi. Suasana hiasan kedai yang kreatif minimalis membuatkan kita berselera untuk menikmati hidangan. Kedai yang luas dan bersih.
Antara menu popular disini adalah chicken chop dan Beef Meatball. Harganya pula memang anda tidak jangka memang murah sangat, Chicken chop yang spicy dan rangup dengan saiz portion yang besar hanya RM5.00 sahaja. Sebenarnya, di Le’Pak kitchen ini pun ada disediakan menu shell out dan menu bergoreng lain. Menu western dia pun pelbagai. Banyak lagi menu yang sedap anda patut cuba. Jom tengok beberapa gambar hidangan yang disajikan disini.
Kalau anda berkesempatan singgah boleh la cuba juga ye. Kalau anda bercuti-cuti di Taiping, jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu-menu di Le’Pak Kitchen. Boleh rujuk maklumat lokasi ini : Jalan Taman Kaya, Taman Sungai Mas, 34600 Taiping, Perak. Atau boleh call 012-774 4018 untuk sebarang pertanyaan. Waktu operasi bermula pukul 5:00 PM – 12:00 AM.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Lepak-Kitchen-333155210375418/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Taiping ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Jom kongsikan pada teman-teman yang lain!