13 Tempat Makan Best Western Di Tanjung Malim, Perak | Khalifah Media Networks – Teringin untuk menikmati makanan yang lain dari kebiasaan di kawasan Tanjung Malim, Perak? Tapi tak tahu kat mana nak cari dan mesti nak tempat yang best kan?

Kepada peminat makanan western sekitar Tanjung Malim, Perak. Ada berita baik buat anda semua. Disini kami memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Tanjung Malim. Kalau dekat dengan anda, rasanya tak salah jika anda mencubanya kan? Jom kita ketahui lebih lanjut dengan 13 tempat makan best di Tanjung Malim ni.

1. ZAAZ RESTAURANT & CAFE

Jika bertanya orang Tanjung Malim, Restoran ZAAZ Restaurant & Cafe ini memang dikenali ramai. Ada bermacam jenis masakan disediakan disini untuk para pelanggan menjamu selera. Jika Anda penggemar western food, Teringin nak makan Chicken Chop yang sedap? Ini pilihan buat anda. Siap ada dessert lagi.

Dengar cerita, kesedapan Chicken Chop disini kalau lambat order, Chicken Chop memang cepat habis! Jadi kepada warga sekitar Tanjung Malim, Anda kena datang cepat untuk merasai sendiri resepi masakan mereka. Untuk mengelak dari tunggu lama atau makanan lambat seeloknya telefon untuk booking dulu. Jom kita jamu mata dengan beberapa gambar menu menarik yang ada disini.

Warga Tanjung Malim wajib datang ke Restoran ZAAZ Restaurant & Cafe, semua jenis makanan ada! Waktu beroperasi bermula dari jam 11:00 AM – 11:00 PM dan dibuka setiap hari. Restoran ini terletak di alamat : No. 2, Ground Floor, Jalan Tanjong Utama, Taman Sri Tanjong, 35900 Tanjong Malim, Perak (bersebelahan pos laju). Nak senang google maps atau waze ZAAZ Restaurant & Cafe. Kalau tak jumpa jugak boleh call 013-3425052 untuk sebarang pertanyaan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/zaazrestaurant/

2. BREW N EAT

Ni juga antara restoran hipster yang menjadi tarikan orang ramai. Restoran Brew n Eat ini memang tempat makan yang santai. Ada bermacam menu menarik yang disediakan sesuai selera anda. Memang sesuai bawa seisi keluarga. Ada mee kari, mee rebus, mee bandung muor, laksa. Kalau tak suka makan mee? Makanan lain pun ada seperti chiken chop,lamb chop,salmon grill,meatball, spgty bolognese,carbonara pun ada. Tekak melayu nak makan nasi la, eh nasi pun ada tau,nasi sambal ikan masin strawbery yang menambat hati.

Antara menu menarik yang menjadi pilihan para pelanggan antaranya adalah chicken chop, lamb chop, meatball dan banyak lagi. Harga setiap hidangan pula berbaloi yang penting sedap dan best. Sebagai preview kalau-kalau anda nak singgah, ini beberapa gambar menu yang disajikan disini, bolehlah lihat dahulu.

Restoran Brew n Eat ini terletak dilokasi : NO 99, Jalan Wawasan Dagangan Bandar Behrang 2020, Jalan Tanjong Malim-Slim River, 35900 Tanjung Malim, Perak (Selambak At Railway berdekatan Elite Sport Centre dan KTM Tg Malim). Kalau nak senang search dalam Maps terus jumpa. Waktu beroperasi pula pada pukul 8.30am -10.00pm. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh telefon 019-573 9983. Apa tunggu lagi, jom singgah jamu selera.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Brew-n-Eat-125895571420870/

3. LAMPUNEON CAFE

Jika anda mencari tempat untuk makan western yang lain dari lain, Restoran ini memang pilihan yang tepat. Disini selain dari menyediakan makanan yang sedap, harga setiap hidangan yang berpatutan.

Ada bermacam menu hidangan yang disediakan disini. Kalau anda memang penggemar western food, kat sini memang hidangan western terbaik. Tak caya? jom cuci mata tengok antara menu menarik ada disediakan kat restoran ini.

Tengok pun dah mengiurkan, ramai review cakap kat sini memang best dan puas hati dengan masakan yang disajikan. Harga memang berpatutan janji sedap kan? Kalau anda berhajat nak singgah bolehlah ikut alamat ini : Lot 8385 Jalan Ketoyong, 35900 Tanjung Malim, Perak. Nak mudah guna maps atau waze. Waktu restoran beroperasi pada jam 5.00 petang sehingga 12.00 malam, Dibuka setiap hari kecuali hari Sabtu cuti. Sebarang pertanyaan atau booking boleh call 012-363 2045.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/lampuneoncafetgmalim/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Tanjung Malim ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Jom kongsikan artikel ini pada teman-teman yang lain, semoga bermanfaat.

Share.

Leave A Reply