3 Tempat Makan Seafood Best Di Kuala Ketil Kedah | Kuala Ketil adalah sebuah pekan yang terletak di negeri kedah darul aman. Pekan ini terletak diantara sungai petani dan kulim. Kuala ketil merupakan sebuah pekan yang sedang pesat membangun. Sektor perniagaan dan perladangan merupakan kegiatan utama disini. Selain itu, di kuala ketil juga terdapat tempat-tempat yang menarik untuk anda temui seperti tempat makan yang popular di kuala ketil.
Kuala ketil merupakan salah satu tempat tumpuan bagi peminat makanan laut. Jika anda berkunjung ke kedah anda boleh datang dan singgah di kuala ketil. Tapi diman tempat makan yang best dan menarik disini? Berikut merupakan senarai 3 tempat makan seafood yang best di kuala ketil kedah.
1.Royal Kitchen
Royal kitchen adalah sebuah restoran yang menjanjikan makanan yang enak untuk anda dan memenuhi citarasa anda. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dan rata-rata mendapat komen yang positif yang memuji masakan disini. Harga disini juga murah dan berpatutan.
Restoran ini menyediakan makanan berkonsepkan makanan laut yang dimasak ala masakan melayu dan kampung. Dinatara menu yang disediakan disini ialah seperti shellout, ikan patin, ikan keli cili api, itik salai cili api, nasi goreng sulthon, ikan patin tempoyak, ikan siakap, set seafood platter dan banyak lagi variasi menu yang ada disediakan disini.
Jika anda dan keluarga merancang untuk berkunjung untuk mencuba makanan disini, Lokasi restoran ini terletak di 09100 Kuala Ketil, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari kecuali selasa, pada jam 11.30 pagi sehingga 11 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 010-512 4844
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nasiarabkualaketil/
2.SYS Ikan Panggang
Restoran ini ialah sebuah restoran yang terletak di kuala ketil. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan kebanyakkan komen berpuas hati dengan masakan yang disediakan disini. Harga disini juga sangat murah dan berpatutan sangat sesuai untuk anda datang bersama keluarga dan menjamu selera di restoran ini.
Restoran ini menyediakan hidangan berkonsepkan makanan laut dan darat dan dimasak ala kampung. Hidangan yang popular disini semestinya adalah iakan yang dipanggang seperti ikan lampam, siakap, keli, telur ikan dan banyak lagi. Restoran ini menyediakan makanan berupa nasi berlauk dan nasi campur.
Berminat untuk berkunjung dan mencuba makanan disini, Lokasi restoran ini terletak di Lot 2020 Pekan Lama. Sebelah Petron. , Kuala Ketil, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari kecuali jumaat, pada jam 8 pagi sehingga 3 petang. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke: [email protected]
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/SYSikanBakarKUALAKETIL/
3.Restoran Al-Kausar
Terletak di taman tanjung petri, restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan komen yang memuji masakan dan layanan yang diberikan disini. Harga disini juga berpatutan dan berbaloi untuk anda cuba
Restoran ini menyediakan pelbagai jenis menu dari makanan laut dan darat. Diantara menu yang tersedia disini ialah seperti pelbagai jenis masakan kari, nasi berlauk, makanan bergoreng seperti nasi goreng seafood dan tomyam, variasi maskan mee dan bihun dan banyak lagi
Berminat untuk berkunjung dan mencuba makanan disini, Lokasi restoran ini terletak di 09300 kuala ketil kedah. Waktu operasi pada setiap hari kecuali jumaat, pada jam 7 pagi sehingga 10 malam . Sebarang pertanyaan sila emailkan ke: 04-416 0508
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Restoran.AlKausar/?ref=page_internal