13 Tempat Makan Best Seafood Di Kuala Perlis, Perlis | Kuala perlis adalah sebuah pekan yang terletak di perlis. Tidak dinafikan lagi kuala perlis merupakan salah satu tempat pelancongan yang popular di negeri perlis ini. Keindahan pemandangan laut sambil menikmati makanan di sini memang salah satu perkara yang patut anda cuba. Kuala perlis juga popular sebagai pintu masuk ke pulau langkawi melalui jalan laut
Jika anda sedang mencari tempat makan yang best di Kuala Perlis tapi tak tahu dimana, Di sini dikongsikan beberapa tempat makan yang menarik yang perlu di cuba di sekitar kuala perlis ini.
1. API API IKAN BAKAR KUALA PERLIS – SEAFOOD
Jika anda sedang mencari kedai makan masakan panas di sekitar kuala perlis boleh lah datang ke restoran ini. Api Api Ikan Bakr Kuala Perlis ini menyediakan menu makanan laut yang segar dari laut. Harga di sini sangat murah untuk dicuba
Antara menu masakan yang disediakan ialah makanan bergoreng, berkuah, grill dan pelbagai lagi dengan variasi makanan laut seperti ikan bakar, udang, sotong, ketam dan banyak lagi.
Lokasi ini di Jalan Dato’ Ali, Bukit Tok Po, Perlis, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari kecuali hari selasa 5 petang hingga 10.30 malam. Sebarang pertanyaan hubungi 012-4801173
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/apiapiikanbakarkualaperlis/
2. ASPUTRA IKAN BAKAR KUALA PERLIS – SEAFOOD
Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dan rata rata komen yang postif. Harga di restoran ini juga murah untuk dicuba.
Menu utama yang popular di sini semestinya ikan bakar. Selain dari ikan bakar menu lain seperti udang, sotong, ketam, kerang, lala, tiram dan banyak lagi juga disediakan.
Lokasi ini di Batu 6 3/4, jalan kuala perlis, Kuala Perlis, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari kecuali hari 5 petang hingga 11 malam. Sebarang pertanyaan hubungi 014-3422201
FACEBOOK PAGE: ASPUTRA
3. DHIYA IKAN BAKAR & SEAFOOD – SEAFOOD
Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan rata rata membuat komen mengatakan restoran ini adalah salah satu restoran seafood terbaik di kuala perlis dan makanan di sini sangat sedap dan pada harga yang murah.
Dekat sini, mereka menyediakan aneka makanan laut seperti sotong, ikan, udang dan ketam. Antara menu di sini ialah Seafood galore adalah anatar menu popular dan ada juga fresh seafood, siakap bakar, udang butter, jenahak bakar, tomyam, udang & sotong buttermilk,, belangkas dan banyak lagi.
Jika anda ingin merancang untuk berkunjung, Lokasi restoran ini terletak di Jalan Kuala Perlis, Pekan Kuala Perlis, 02000 Kuala Perlis, Perlis
Waktu operasi pada setiap hari kecuali hari 4 petang sehingga 12 malam. Sebarang pertanyaan hubungi 012-5514036
FACEBOOK PAGE: DHIYA IKAN BAKAR
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Kuala Perlis ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !