13 Tempat Makan Best Seafood Di Padang Besar, Perlis | Padang besar adalah salah satu daerah di Perlis. Ia berada bersempadan dengan wilayah Songkhla Thailand. Di padang besar terdapat banyak tempat tempat yang menarik untuk dikunjungi . Jika anda mencari tempat ‘shopping’ dengan harga borong disini lah tempatnya. Selain itu, anda juga boleh datang dan mencuba pelbagai menu masakan disini yang kebanyakkannya masakan ala thai.
Jika anda peminat masakan thai atau ingin mencuba masakan disini bolehlah berkunjung ke port-port makan disini. Tapi dimana tempat makan yang best untuk dicuba. Berikut adalah senarai tempat makan seafood yang perlu dicuba.
1. KEDAI KAK YAH NAKHON – SEAFOOD
Kedai ini mendapat rating yang tinggi di google dan rata rata memuji masakan ala thai disini. Harga disini juga sangat lah murah. Restoran ini juga agak popular di padang besar dengan menu menarik yang ada disini.
Antara menu popular selain seafood adalah pulut ayam. Disini juga terdapat menu lain seperti tomyam seafood, masakan panas, dan masakan bersup seperti mee sup, bihun sup, moi sup dan banyak lagi.
Lokasi ini di 02100, Padang Besar, Perlis Waktu operasi pada setiap hari kecuali ahad jam 12 tengah hari hingga 12 malam.
FACEBOOK PAGE: KAK YAH NAKHON
2. ARUN FOOD HOUSE – SEAFOOD
Restoran di sempadan thailand ini ialah salah satu restoran yang sering dikunjungi pelancong untuk menjamu selera. Mendapat rating yang tinggi dan banyak komen yang berpuas hati dengan hidangan masakan thai dan makanan laut disini.
Terdapat ketam masam manis, udang harimau goreng butter, perut lembu goreng, tomyam udang, daging merah, ayam masak kunyit, bawal taucu, kerabu suhun, sup ekor, telur dadar dan banyak lagi dengan layanan dan pantas dan cepat.
Lokasi restoran ini di 90240 Padang Besar, Perlis. Waktu operasi pada setiap hari pada jam 11 pagi hingga 9 malam.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/arunfoodhouse/
3. RESTORAN BUNGA SERAI – SEAFOOD
Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dan banyak pelanggan yang sering berkunjung disini untuk menikmati hidangan steamboat pada harga yang murah ini.
Hidangan utama disini semestinya adalah steamboat dari makanan laut seperti udang, sotong, ketam dan banyak lagi dan juga makanan darat seperti ayam dan daging. Selain itu restoran ini juga ada menyediakan tomyam kelapa, pulut ayam, dan koey teow sempadan.
Jika anda merancang untuk berkunjung untuk mencuba steamboat disini, Lokasi restoran ini terletak di pauh putra, Padang Besar, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari kecuali isnin, pada jam 9 pagi hingga 6petang.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/restoranbungaserai/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Padang Besar ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !