13 Tempat Makan Best Seafood Di Sanglang, Perlis | Sanglang di perlis merupakan sebuah kawasan perkampungan yang sebahagiannya terletak di selatan perlis dan selebihnya merentasi bahagian utara daerah kedah. Walaupun nama sanglang tidak sering didengari tapi di sini terdapat beberapa tempat menarik dan menjadi tempat pelancong dan terdapat juga tempat menjamu selera yang ramai tidak tahu.
Bagi yang merancang berkunjung ke perlis bolehla datang ke Sanglang untuk mencuba masakan di sini. Tapi dimana tempat best untuk dicuba. Berikut merupakan senarai tempat makan best seafood di Sanglang, Perlis
1. BUDGET STATION – SEAFOOD
Restoran ini adalah salah satu tempat ‘wajib cuba’ apabila datang ke sanglang. Terdapat pelbagai aneka masakan makanan laut yang disediakan di sini dan dihidangkan panas-panas. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dan rata-rata berpuas hati dengan menu di sini.
Diantara menu makanan laut yang tersedia di sini ialah seperti aneka jenis ikan termasuk ikan keli, udang, sotong, ketam, kerang, siput dan banyak lagi. Disini juga ada disediakan menu yang viral di media sosial iaitu menu gulai telur ikan sembilang dan gulai telur mayong.
Jika anda merancang untuk berkunjung, Lokasi restoran ini terletak di Kampung Simpang Empat, 02700 Kuala Sanglang, Perlis
Sebarang pertanyaan hubungi 019-668 6967 ataupun email ke [email protected]
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100051072596506
2. LADANG NIPAH KIPLI – SEAFOOD
Jika anda berkunjung ke sanglang jangan lupa juga untuk kunjungi restoran yang berada di ladang nipah ini. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dan pelanggan kebanyakn berpuas hati dengan restoran ini. Harga di sini juga berpatutan dan berbaloi untuk dicuba
Restoran ini menyediakan makanan-makanan seperti mee udang dan laksa yang menjadi menu kegemaran disini. Selain itu menu-menu lain seperti somtam, mee rebus udang, kuey teow, nasi dan dan minuman sejuk pelbagai variasi juga ada disediakan. Jangan lupa juga untuk melawat ladang nipah di sini.
Jika anda merancang untuk berkunjung, Lokasi restoran ini terletak di No. 282 Kampung Tanah Timbul, Kuala Sanglang, 02800 Kangar Perlis (Ladang Nipah Khipli), Kangar, Malaysia
Waktu operasi pada setiap hari selasa sehingga ahad 12.30 tengah hari sehingga 6.30 petang. Sebarang pertanyaan hubungi 017-430 6245
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/L.N.Khipli/
3. AROI KITCHEN SANGLANG – SEAFOOD
Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan kebanyakkan komen berpuas hati dengan menu yang disediakan di restoran ini. Harga disini juga murah dan berpatutan.
Menu yang disajikan disini ialah makanan laut seperti udang, sotong, ketam, kerang dan pelbagai lagi variasi hidangan lauk pauk.
Jika anda merancang untuk berkunjung, Lokasi restoran ini terletak di No 23B Pekan Kuala Sanglang 02800 Kangar Perlis Kangar, 02800 Simpang Ampat, Perlis
Waktu operasi pada setiap hari 5 petang sehingga 1 pagi. Sebarang pertanyaan hubungi 012-5069636
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Aroithaikitchenm/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Sanglang ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !