Remaja Lelaki Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Surat | SEPANG – Sekeping surat ditinggalkan seorang remaja lelaki kepada bapanya sebelum menghilangkan diri dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Bandar Baru Salak Tinggi di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, bapa remaja berumur 15 tahun itu menyedari kehilangan anak keduanya kira-kira jam 5 pagi.

“Bapa remaja tersebut yang juga merupakan seorang guru itu kemudiannya bertindak mencari anaknya di kawasan-kawasan sekitar namun tidak jumpa,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, siasatan dijalankan mendapati remaja tersebut dipercayai keluar dari rumah antara jam 2 pagi hingga 5 pagi.

“Remaja yang merupakan pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah itu turut didapati tidak membawa telefon bimbit ketika keluar dari rumah.

“Fizikal remaja tersebut berbadan kurus,rambut pendek dan bercermin mata,” katanya.

Menurutnya, pakaian terakhir remaia tersebut adalah jersi berwarna biru.
“Selain itu, remaja tersebut turut berseluar kargo pants, berselipar dan membawa bag bimbit.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan remaja tersebut boleh berhubung dengan mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Sarjan Hishamudin Amin di talian 011-11739477,” katanya.

Sumber: SINAR

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Dilihat tunggu ‘Seseorang’ Di Depan Kedai Dobi, Remaja Perempuan Menghilang

Dilihat tunggu ‘Seseorang’ Di Depan Kedai Dobi, Remaja Perempuan Menghilang | Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang ketika pergi ke sekolah selepas dihantar oleh ibunya awal pagi semalam.

Mohd. Bahrim Jayus, 52, berkata, anaknya, Nurybalqis Nur Ain yang belajar di Sekolah Menengah Sultan Abdul Jalil (SSAJ) tidak muncul ketika dijemput ketika isterinya, Suhana Murah, 44, selepas tamat sesi persekolahan kira-kira pukul 3 petang itu.

Pada mulanya anak ketiga daripada tujuh beradik itu disangkakan bertugas di perpustakaan sekolah, namun isterinya terkejut apabila dimaklumkan guru kelas bahawa Nurybalqis tidak hadir ke sekolah.

“Usaha selanjutnya dengan menemui rakan sekelas dan salah seorang daripada mereka menyatakan bahawa Nurybalqis ada merancang untuk ke Perak pada Jumaat lalu.

“Seorang penduduk taman yang mengenalinya dalam pada itu memaklumkan ada melihat anak saya berada di hadapan sebuah kedai dobi layan diri di hadapan SSAJ sambil memegang telefon bimbit, seolah-olah sedang menunggu seseorang,” katanya menghubungi Utusan Malaysia.

Justeru, Mohd. Bahrim meminta bantuan orang ramai membantunya sekiranya melihat anaknya kerana percaya ada orang lain terlibat dalam kehilangan itu, namun tidak pasti sama ada lelaki atau wanita.

Mereka sekeluarga kini amat tertekan dengan kejadian ini kerana sepanjang tahun ini tiada perselisihan keluarga berlaku, malah tidak ada tanda-tanda anaknya akan melakukan sesuatu perkara seperti itu.

“Jika ada sesiapa yang melihat kelibat anak saya diharapkan dapat menghubungi talian 011-12472971 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh mengesahkan pihaknya ada menerima laporan tentang kehilangan remaja itu semalam.

Siasatan sedang giat dijalankan bagi mengesan pelajar itu dan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab berkaitan kehilangannya.

SUMBER: UM

 

Share.

Leave A Reply