3 Tempat Makan Tengahari Best di Alor Setar, Kedah

| February 22, 2020 | 0 Comments

3 Tempat Makan Tengahari Best di Alor Setar, Kedah | Bila dah datang Alor Setar dari jauh, mesti teringin nak rasa masakan tempatan yang menarik. Waktu tengahari begini biasanya cepat perut berkeroncong dan mula lah nak terhegeh nak Google tempat makan best tengahari di Alor Setar ni.

Jangan rasa gundah gulana kerana di sini kami ingin menyenaraikan tiga tempat makan tengahari best di Alor Setar Kedah yang membuatkan anda tak sabar nak pergi. Jangan lupa, kena datang awal tau, takut makanan cepat habis.

1. Restoran Sri Pumpong

Restoran Sri Pumpong ini bukan lah asing bagi penduduk tempatan yang tinggal sekitar kawasan Alor Setar. Di sini banyak disediakan makanan tradisional Kedah yang susah nak dapat kat kedai lain. Ruangan kedainya sangat besar dan luas tetapi ramai orang, jadinya nampak sempit. Memang sesuai untuk bawa keluarga makan tengahari beramai-ramai di Restoran Sri Pumpong.

Harga hidangan di Restoran Sri Pumpong ini bergantung kepada menu dan makanan yang diambil. Jangan risau, harganya tidak lah terlalu mahal. Yang mahal tu selalunya hidangan sotong, udang dan ketam. Hati-hati ye. Apapun, jom kita tengok hidangan yang ada di Restoran Sri Pumpong pada waktu tengahari. Kot-kot la berkenan nak cuba try test.



Menarik kan? Kecur liur dibuatnya, hidangan masakan tengahari mereka di Restoran Sri Pumpong ini pastinya sedap hingga licin pinggan. Jadi apa lagi anda nak tunggu, boleh lah mula rancang untuk ke Restoran Sri Pumpong di Alor Setar sebagai tempat makan best kita hari ini.

Kalau berhajat nak singgah ini alamatnya : Alor Merah, 05250 Alor Setar, Kedah (sebelah Kedah Medical Centre KMC). Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu buat tempahan boleh call 013-523 8117.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Restoran-D-Pumpong-Nasi-Kampung-1989875737909119/

2. Restoran Teruna Ikan Bakar

Kalau rasa Restoran Sri Pumpong tadi tak buatkan korang terliur, apa kata kita baca pula restoran seterusnya. Restoran Teruna Ikan Bakar ini kalau tanya staf Hospital Sultanah Bahiyah, memang kenal lah, sebab dekat sangat dengan hospital. Di sini banyak juadah menarik seperti ikan bakar, ayam bakar, daging bakar dan pelbagai juadah yang menyelerakan. Tempatnya luas dan meja pun banyak. Jadi insyaAllah tak de masalah untuk dapatkan tempat duduk untuk makan tengahari di tempat best sekeluarga.

Ada orang kata makanan kat sini mahal. Tapi yang sebenarnya mahal tu disebabkan oleh hidangan menu yang korang ambil. Kalau ambil sotong, udang ke memang la mahal. Kat mana-mana pun sama. Tapi kalau amik hidangan standard, harganya sangat berpatutan. Jom kita tengok gambar-gambar menu yang disediakan di Restoran Teruna Ikan Bakar ini.



Tampak sedap kan ? Kalau rasa best, apa kata ajak seisi keluarga untuk mencuba dan merasai hidangan makanan Kedah di Restoran Teruna Ikan Bakar.

Kalau berhajat nak singgah ini alamatnya : Jalan Langgar, selepas Traffic Light Hutan Kampung, Alor Setar 05350 (area Hospital Sultanah Bahiyah). Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu buat tempahan boleh PM Inbox Page FB depa.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/RestoranTerunaIkanBakar/

3. Restoran TAT Nasi Ayam

Kalau dua restoran tadi tidak mendatangkan selera korang, ini bermakna korang mesti cari restoran yang budak-budak boleh makan. Jadi kami cadangkan Restoran TAT Nasi Ayam. InsyaAllah anak-anak boleh makan dengan seleranya. Restoran TAT Nasi Ayam ini kalau tanya sesiapapun di Alor Setar, memang tau sangat, sebab makanan nasi ayam yang best dan servis yang laju. Selain dari nasi ayam, restoran ini turut menyediakan makanan menu seperti bihun sup, sate, laksa dan di sebelah kedai ini juga ada sediakan makanan hidang lauk pauk tengahari, nama lain tapi owner sama.

Makanan di sini, memang saya jamin, memang harganya sangat berpatutan. Nak minta minum air jus buah pun okay. Gelas besar harga murah. Jom kita tengok gambar makanan-makanan yang ada di Restoran TAT Nasi Ayam ini.



Amacam? Mesti anak-anak korang dah tak sabar nak makan di Restoran TAT Nasi Ayam ini. Jangan tunggu lama-lama, jom terus ajak seisi keluarga untuk makan di Restoran TAT Nasi Ayam Ini.

Kalau berhajat nak singgah ini alamatnya : NO 22, GROUND FLOOR, KOMPLEKS PERNIAGAAN UTAMA, JALAN SULTANAH SAMBUNGAN 05350 ALOR SETAR KEDAH (Sederet dengan Bank Islam). Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu buat tempahan boleh PM Inbox Page FB depa.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Tat-Nasi-Ayam-Sdn-Bhd-Alor-Setar-325423937498317/

Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengahari best untuk korang di Alor Setar Kedah ini. Habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *