Kronologi Peristiwa Malam Di Hotel Sheraton. Apakah Bakal Berlaku?

| February 23, 2020 | 0 Comments

Kronologi Peristiwa Malam Di Hotel Sheraton. Apakah Bakal Berlaku? | Dari petang tadi seorang demi seorang sampai di Hotel Sheraton termasuk Ustaz Abdul Hadi Awang dan Zahid Hamidi. Diikuti pula oleh Azmin. Apakah bakal berlaku? Jom baca kronologi untuk mudah faham.

Kronologi Pertemuan di Hotel Sheraton

Di saat ini semua media tertumpu kepada satu sidang media penting yang dijangka akan berlangsung di Hotel Sheraton, di sini.

Kesemua pemimpin yang menyokong Tun Dr Mahahthir Mohamad termasuk dari kem UMNO dan Pas dijangka hadir di hotel berkenaan malam ini.

9.00 malam – Sebahagian ahli Parlimen telah mula memasuki dewan hotel. Turut kelihatan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

8.40 malam – Wartawan telah mula berkumpul di kediaman Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut.

8.12 malam – Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula tiba. Ketibaan Azmin disambut laungan “hidup Azmin” oleh para penyokongnya

Beliau diiringi bekas anggota PKR Badrul Hisham Shaharin, yang juga dikenali sebagai Chegubard.

8.09 malam – Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tiba Hotel Sheraton dan terus masuk ke dalam dewan hotel.

8.00 malam – Presiden Pas Abdul Hadi Awang telah tiba dan masuk ke dewan hotel.

7.47 malam – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Timbalan MCA Datuk Dr Mah Hang Soon dan Datuk Chong Sin Woon baharu sahaja sampai di perkarangan Hotel Sheraton pada jam .

Turut kelihatan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tiba di hotel berkenaan.

7.30 malam – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh turut tiba di Hotel Sheraton.

Video LIVE terkini di Hotel Sheraton

7.00 malam – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor antara yang telah tiba hotel tersebut, yang menjadi lokasi semasa pertemuan penyokong Mohamed Azmin.

Tengku Adnan yang tiba-tiba kira-kira jam 7 malam hanya tersenyum kepada media, sebelum dibawa masuk ke dalam bilik taklimat yang turut berada didalamnya pemimpin PKR.

Manakala, Ismail Sabri yang tiba selepas itu hanya memberitahu ada perkara yang akan diumumkan sebentar lagi.

Petang tadi, 20 kenderaan golongan kenamaan (VIP) dilihat memasuki pekarangan Istana Negara dengan diiringi polis pengiring.

Pengamal media yang berkampung di Istana Neraga sejak tengah hari tadi mendapati beberapa kenderaan jenis Proton Perdana dan Toyota Alphard dilihat memasuki Istana Negara pada jam 5.35 petang namun bukan melalui pintu utama.

Memetik sumber, kenderaan VIP tersebut dinaiki oleh pemimpin utama beberapa parti politik termasuk Dr Mahathir dan Mohamed Azmin.

Kenderaan VIP itu dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara, pada jam 7.25 sebentar tadi.

Sementara itu, beberapa pemimpin UMNO yang menghadiri mesyuarat khas Ahli Majlis Tertinggi enggan memberi sebarang kenyataan berhubung kehadiran mereka selepas mesyuarat tersebut berakhir sebentar tadi.

Mesyuarat khas yang berlangsung selama dua jam itu berakhir 6 petang tadi apabila mereka mula meninggalkan perkarangan Menara Dato’ Onn.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut memohon maaf kepada media kerana beliau tidak dapat memberi sebarang kenyataan berhubung inti pati mesyuarat tersebut.

“Minta maaf saya tidak dapat beri apa-apa kenyataan. Mesyuarat ini turut dihadiri Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli MKT UMNO.

Semua mesyuarat itu telah menarik perhatian media tetapi perbincangan diadakan secara tertutup.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengadakan mesyuarat khas di ibu pejabat parti di Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya.

Ia dipengerusikan oleh Dr Mahathir yang enggan mengulas semasa perdana menteri berusia 94 tahun itu diserbu pemberita semasa beliau meninggalkan premis itu.

Menyertai Dr Mahathir pada mesyuarat itu ialah Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir; Setiausaha Agung Datuk Marzuki Yahya; dan Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sementara di sebuah hotel yang tidak jauh dari ibu pejabat Bersatu, turut berlangsung pertemuan sejumlah pemimpin yang dipercayai dari kem Mohamed Azmin.

Antara pemimpin berkenaan ialah Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat) dan Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya).

Aktivis sosial, Hishamuddin Rais serta penasihat Azmin, Khalid Jaafar juga menyertai pemimpin-pemimpin itu.

Sementara itu, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg dan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal dilihat berada di hotel sama tengah hari ini, menambah lagi spekulasi berkenaan pertemuan poltik yang berlangsung di Kuala Lumpur, dan sekitarnya.

Abang Johari mempengerusikan mesyuarat bersama anggota parlimen dan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) selama dua jam dan meninggalkan Hotel Ritz Carlton pada kira-kira pukul empat petang.

Beliau kemudian kembali pada kira-kira pukul 5.30 petang. Shafie tiba tidak lama kemudian.

Ketika Abang Johari sudah meninggalkan hotel itu, sejumlah anggota parlimen dan pemimpin parti dilihat masih berada di sana.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *