3 Tempat Makan Tengahari Best Di Batu Pahat, Johor | Anda kurang biasa dengan kawasan Batu Pahat? Ingin cari tempat makan tengahari yang best d Batu Pahat? Ingin mencari tempat makan best? Google kurang membantu mencari tempat makan yang boleh dipercayai?

Korang jangan risau kerana korang membuat tindakan yang bijak dengan membaca artikel ni kerana kami akan menyenaraikan tempat makan yang tengahari yang best di Batu Pahat. Jom tengok 3 tempat makan tengahari best yang kami senaraikan untuk anda. Jadi kalau dah sampai Batu Pahat, jangan lupa singgah ke tempat-tempat makan ni untuk makan tengahari. Insya-Allah kita takkan menyesal.

 

1) Nasi Kari Kambing 40 Hari

Waktu tengah hari ni korang teringin nak makan nasi arab? Kalau begitu kami cadangkan korang singgah makan di Restoran Nasi Kari Kambing 40 Hari. Restoran ini merupakan antara salah satu restoran yang popular di negeri Johor. Lokasinya yang strategik dapat menarik pelanggan seramai hampir 800 orang dalam sehari. Antara menu yang popular di restoran ini ialah kari kambing dan nasi Arab. Selain itu, terdapat menu lain yang anda boleh cuba iaitu mi rebus gearbox, roti canai dan kari ayam. Jadi kalau dah rancang nak datang tu jangan lupa pekena kari kambing yang lembut dan sedap ni.

Harga makan disini untuk seorang dalam anggaran RM13. Tetapi jika anda membawa keluarga bersama, anda boleh mengambil set dulang bersama satu jag air dimana harganya dalam lingkungan RM48 untuk 4-5 orang makan. Restoran ni mempunyai konsep layan diri, jadi kalau datang makan disini korang kena beratur untuk dapatkan makanan. Kalau korang dah rancang nak datang makan tengahari disini, jangan lupa datang awal supaya korang ada tempat untuk makan.

Nampak sedap kan nasi Arab ni? Nasi yang lembut dan wangi memang lazat. Ditambah pula dengan kari kambing yang enak dan cukup rasa. Restoran ini dibuka pada jam 7.30 pagi hingga 3.30 petang.

Jadi kalau korang nak singgah makan di restoran ni, korang boleh datang ke alamat berikut: 215, Kg. Hj. Ghafar, Bt 5 1/2, Jalan Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi no. 019-627 2243.

Facebook Page: Restoran Nasi Kari Kambing 40 Hari

 

2. Atan Pisang & Mee

Kalau korang inginkan kelainan untuk makan tengah hari korang, korang bolehlah datang ke gerai Atan Pisang & Mee. Seperti yang anda dah boleh agak, menu utama yang mesti anda cuba semestinya Mee goreng dan pisang goreng. Enaknya pisang goreng dengan gabungan sambal kicap serta kacang tanah kisar pasti menambat hati anda. Tak lupa juga dengan mee gorengnya( mee bodoh) yang nampak simple tetapi dapat menarik pelanggannya untuk datang kembali ke gerai Atan Pisang & Mee. Ruangan kedai makan yang sederhana seperti kedai makan yang lain dan selesa untuk makan. Jadi bolehlah korang datang bawa keluarga bersama makan tengahari disini.

Harga makanan disini sangat berpatutan dengan harga makan di Johor. Jadi korang bolehlah jadikan kedai makan ni sebagai tempat makan best seisi keluarga. Sangat sesuai bawa anak-anak makan pisang gorengnya. Kalau korang teringin nak makan rojak boleh saja order disini. Menarik kan.

Terliur dah tengok pisang goreng ni? Nampak menyelerakan bukan.

Kalau korang nak berkunjung ke kedai ni, boleh datang ke alamat tertera: 6, Jalan Kenangan, 83000 Batu Pahat, Johor. Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi no 013-782 8622.

Facebook Page: Gerai Atan Pisang & Mee

 

3. Restoran Asam Manis

Kalau korang rasa kedua tempat makan tengah hari tadi kurang menarik. Jom kita lihat tempat makan yang menyediakan masakan Melayu pula. Kalau dah kunjungi Batu Pahat dan teringin nak makan masakan Melayu korang boleh lah singgah ke Restoran Asam Manis. Sesuai untuk korang yang jenis tekak Melayu yang kalau boleh tiap-tiap hari nak pekena masakan Melayu boleh lah singgah makan tengahari disini kerana banyak lauk pauk disediakan untuk dinikmati pelanggannya. Tempat makan di kedai ni agak selesa dan bersih. Kalau korang nak makan makanan yang segar dan terbaik bolehlah datang awal singgah makan ke restoran ni. Menu yang ramai orang puji sedap disini ialah tomyam. Jadi kalau dah singgah tu, jangan segan-segan nak order.

Harga menu makanan disini berpatutan dengan hidangannya. Selain masakan Melayu, masakan lain turut dihidangkan seperti masakan western dan banyak lagi. Kalau korang teringin nak makan roti canai pun ada. Harga pula berpatutan.

Nampak sedap kan menu disini?

Kalau korang nak singgah makan tengah hari disini, boleh datang ke alamat: Jalan Setia Jaya 4, Taman Setia Jaya, Batu Pahat, Johor 83000. Untuk sebarang pertanyaan boleh call 07-439409.

Facebook Page: Restoran Asam Manis

Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengah hari best untuk korang di Batu PahatĀ  Johor ini? Habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan dan keluarga anda.

Share.

Leave A Reply