3 Tempat Makan Tengahari Best di Johor Bahru, Johor

| February 23, 2020 | 0 Comments

3 Tempat Makan Tengahari Best di Johor Bahru, Johor | Bila anda dah jejak kaki ke Johor Bahru mesti anda ingin cuba masakan tempatan yang menarik kan? Biasanya bila dah tengahari, matahari terpacak di atas mesti korang dah mula nak cari makanan. Tambah-tambah pula bila korang datang ke tempat baru seperti Johor Bahru ni yang merupakan bandar terkenal di Johor. Kalau boleh mesti nak cari tempat makan yang menarik di tempat tu bukan?


Jangan risau kerana di sini kami ingin menyenaraikan tiga tempat makan tengahari best di Johor Bahru, Johor yang boleh membantu pening kepala anda mencari tempat makan best. Pastikan anda datang awal sebelum terlambat.

1. Restoran Sri Bayu Perdana

Kalau anda mencari masakan kampung di Johor Bahru, Anda mesti cuba restoran ni kerana menu-menunya memang kena dengan tekak Melayu. Menu masakannya yang beraneka yang boleh memenuhi citarasa tekak anda. Keluasan ruang makan yang besar, dapat memberi keselesaan kepada keluarga anda. Restoran Sri Bayu Perdana ini memang sentiasa ramai pelanggan jadi, jika anda ingin berkunjung ke restoran ini kami sarankan anda datang awal.

Harga hidangan menu disini memang berpatutan kena dengan hidangan yang diambil dan kebanyakan yang datang makan disini memang ramai dari kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong-pelancong. Jadi jangan lepaskan peluang jika anda mencari masakan kegemaran anda sebab lauk-pauknya sangat banyak.

Menarikkan menunya? Restoran ni memang menyediakan banyak hidangan untuk pelanggannya. Jadi banyak pilihan untuk kita makan tengahari. Lauk-pauknya pon sangat menyelerakan.

Kalau anda teringin nak singgah ke restoran ini, alamatnya: N. 15 & 17, Jalan Susur Dewata 1, Larkin Perdana, 80350 Johor Bahru, Johor. Jika anda ingin membuat tempahan atau mempunyai sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi: 01110743118

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Restoran-Sri-Bayu-Perdana-203527823184386/

2. Restoran ZZ Sup Tulang

Kalau restoran tadi tidak membuatkan anda tertarik, apakata kita cuba pula makan tengahari di Restoran ZZ Sup Tulang. Kalau anda semua nak tahu, restoran ni memang terkenal dengan nama restorannya iaitu sup tulang. Kalau anda peminat-peminat masakan rebusan memang patut cuba makan di sini. Antara hidangan popularnya semestinya sup tulang dan hidangan lain seperti, sup gearbox, mi rebus, dan lain-lain. Ruangan makan di restoran ini mempunyai suasana yang mesra keluarga. Pelanggan boleh memilih sama ada duduk di kerusi atau bersila di pondok berbumbung nipah yang disediakan. Anda yang berasal dari bandar boleh membawa keluarga anda untuk merasai suasana kampung di restoran ini kerana tempatnya mesra kanak-kanak.

Harga hidangan di restoran ini pula memang agak mahal dan berpatutan dengan harga pasaran. Memang sesuai la dengan hidangan yang disajikan. Kalau korang nak cuba kesedapan dan kenikmatan untuk merasai Sup tulang no.1 di Johor Bahru bolehlah datang untuk makan tengahari di restoran ini. Jom tengok gambar menu-menu masakan restoran ini.


Mengiurkan bukan? Kalau anda teringin nak cuba, apa kata anda bawa keluarga anda untuk mencuba dan merasai Sup tulang no.1 Johor Bahru di Restoran ZZ Sup Tulang sebagai tempat makan best.

Kalau berhajat nak singgah makan tengahari di sini, ini alamatnya: Lot 667, JKR Daerah Jalan Petrie, Off Jalan Mariamah, Johor Bahru, 80100 Johor (di belakang Masjid Abu Bakar dan Maahad Johor.). Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi no berikut: 0127227209.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pages/Restoran-ZZ-Sup-Tulang/183709674973645

3. Roslin Beriani House

Kalau dua restoran tadi tidak menarik anda untuk mencari makanan tengahari yang kena dengan selera anda. Apakata cuba pula lihat masakan di Roslin Beriani House. Hidangan beriani gam di Johor Bahru yang memang terkenal dan patut cuba. Nasi yang lembut dengan menu lauk pauk yang sedap dan memang terangkat lah kalau makan. Rugi kalau anda tak cuba. Ruangan kedai ini memang sesuai untuk bawa keluarga besar anda bersama sebab terdapat ruangan meja yang panjang disediakan.

Hidangan yang enak kena pula dengan harganya yang berpatutan seperti harga di pasaran. Jadi anda bolehlah cuba untuk makan tengahari di sini. Sangat sesuai untuk peminat-peminat beriani.

Terliur tak tengok menu yang tampak empuk ni. Mesti korang dah tak sabar nak singgah di sini. Jomlah ajak seisi keluarga anda untuk makan tengahari di Roslin Beriani House.

Kalau dah berpakat nak singgah, ini alamatnya: 14 Jalan Rebana Kebun Teh, 80250 Johor Bahru. Jika ada sebarang pertanyaan atau anda ingin mahu buat tempahan boleh hubungi no: 07-331 3310

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/BerianiHouseKebunTehJB/

Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengahari best untuk anda di Johor Bahru, Johor. Kalau dah habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *