3 Tempat Makan Tengahari Best Di Kluang, Johor

| March 10, 2020 | 0 Comments

3 Tempat Makan Tengahari Best Di Kluang, Johor | Anda mencari tempat makan di Kluang pada waktu tengahari? Anda jalan-jalan di Kluang sambil cari makan? Kami faham bila dah masuk tengahari pasti perut dah berbunyi kan? Kalau boleh mesti nak cari tempat makan best bila dah ada di Kluang kan?

Korang tak perlu risau sebab kami akan membantu korang mencari tempat makan tengahari yang best di Kluang. Hanya tiga tempat dipilih supaya korang tak pening-pening cari tempat makan tengahari korang.

1. Restoran Lagenda Ujang

Kalau dah sampai Kluang, anda boleh singgah makan di Restoran Lagenda Ujang. Untuk merasai makanan tempatan, inilah tempat yang mesti anda cuba kerana mereka menyediakan menu istimewa iaitu Nasi Ujang yang hanya boleh didapati di Kluang. Antara menu Nasi Ujang yang boleh dipilih ialah yang boleh korang pilih Nasi Ujang Ayam, Nasi Ujang Daging, Nasi Ujang Udang, Nasi Ujang Puyuh, dan lain-lain. Restoran Lagenda Ujang mempunyai tempat makan yang selesa untuk pelanggannya walaupun tempatnya tidak seluas restoran lain.

Harga yang ditawarkan untuk menu makanannya agak berpatutan dan masih mampu milik kalau anda ingin mencuba sesuatu yang jarang ditemui di tempat lain bolehlah singgah makan tengahari disini.


Amacam nampak menarikkan menu makanan disini? Kalau korang nak singgah makan tengahari restoran ini dibuka setiap hari namun pada hari jumaat dibuka pada 6 petang hingga 4:30 pagi dan pada hari sabtu dibuka pada 6.30 hingga 12.30 tengahari.

Kalau dah rancang nak singgah ini alamanya: No.4, Pusat Perniagaan Komersil Haji Manan, Jalan Omar, 86000 Kluang. Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi no. 0127922122.

Facebook Page: Restoran Lagenda Ujang

2. Restoran Bawah Kolong

Untuk restoran kedua ni, korang boleh menikmati masakan Melayu dan masakan Barat. Restoran Bawah Kolong merupakan sebuah restoran yang menyediakan tempat makan untuk pelanggannya di bawah sebuah rumah tradisional Melayu bertiang tinggi. Masakan popularnya semestinya masakan Melayu. Walaupun ramai pelanggan yang singgah makan disini namun meja makan tidak menjadi masalah kerana mereka menyediakan meja makan yang banyak. Kalau korang teringin nak makan sate bolehlah order di halaman rumah mereka kerana terdapat gerai sate disitu.

Harga makan disini sangat berpatutan dan kalau korang nak singgah jangan lupa bawa keluarga bersama untuk makan tengahari disini. Korang boleh cari makanan yang sedap dan menyelerakan disini. Tak perlu dah cari yang lain. Restoran Bawah Kolong dibuka setiap hari kecuali Sabtu, bermula dari jam 10 pagi hingga 11:15 malam.

Nampak menarikkan restoran ni?

Kalau dah rancang nak singgah, ini alamatnya: 6, Jalan Cempaka, Kampung Melayu, 86000 Kluang. Untuk pertanyaan boleh hubungi no. 017-732 6454.

Facebook Page: Restoran Bawah Kolong

3. Lontong Goreng Meletop

Kalau dah sampai Kluang Johor dan teringin nak makan lontong goreng, bolehlah singgah mai makan di Lontong Goreng Meletup. Menu utamanya semestinya lontong goreng. Sangat sesuai dengan nama yang diberi. Sekali cuba pasti takkan mengecewakan anda. Jika anda berpeluang singgah makan disini kami rekomenkan kepada anda untuk cuba lontong goreng kerang mereka.

Nak makan disini harga memang berpatutan. Kalau nak makan tengahari disini, ada juga disediakan mee bandung, kuetiau goreng, lontong kuah dan lain-lain. Kalau nak jadikan Lontong Goreng Meletop sebagai tempat makan best, jangan lupa bawa keluarga korang bersama.

Mengiurkan tak tengok lontong goreng ni? Kalau nak datang restoran ini dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat, bermula dari jam 6:30 pagi hingga 1 tengahari.

Kalau korang berhajat nak singggah ke Lontong Goreng Meletop, ini alamatnya: No.3, Jalan Cantik, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang. Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah pm inbox facebook dibawah.

Facebook Page: Lontong Goreng Meletop

Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengahari best untuk korang di Kluang, Johor ini? Habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan dan keluarga anda.

Tags: , , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *