3 Tempat Makan Tengahari Best di Nibong Tebal, Penang. | Kat mana nak cari makan yang sedap-sedap ni? Pi mai pi mai, google lah senang. Tudia, sampai tak tau nak makan apa noh. Tiap-tiap hari makanan yang sama ja, sampai naik jemu la.
Jangan risau, kat sini nak habaq mai tiga tempat makan best untuk hampa dengan family, kawan-kawan dan sedara-sedara.
1. Restoran Simpang 9 Corner
Kalau orang Nibong Tebal, memang dah tau dah, kat sini la port depa makan tiap-tiap hari. Kira ni la tempat makan best depa. Restoran Simpang 9 Corner menyediakan sekitar 60 jenis lauk masakan original kampung yang sangat menyelerakan. Sedap dia sampai teringat-ingat la dekat rumah.
Menu hangat dia sotong bakar, sotong kingkong, terubuk bakar ayam percik, keli bakar, kari kepala ikan, gulai talang, kari ayam kampung dan pelbagai lagi masakan. Memang kena la dengan selera orang kampung ni. Ruang makan yang luas. Kena mai awai sebab selalu restoran popular ni ramai orang mai.
Macam-mana menu dia? Kecur liur tengok. Tunggu apa lagi, pi lekaih ajak family makan. Ni alamat dia Lot 862 Mukim 9, Simpang 9, 14300 Nibong Tebal. Boleh juga contact depa di talian 019-554 5357.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Restoran-Simpang-9-Corner-101997537829983/
2. Nasi Ayam Hainan, Nibong Tebal
Nasi Ayam Hainan. Tengok nama pon dah tau menu dia. Menu utama semestinya Nasi Ayam Hainan. Sangat digemari ramai terutamanya orang-orang Penang ni. Nasi Ayam dia yang cukup rasa dan saiz ayam yang besar.
Ada juga menu-menu lain, seperti nasi goreng ayam. Kot kalau hampa rasa macam jemu dah nak makan nasi campur, boleh la mai pekena nasi ayam Hainan pulak. Komfirm dapat memuaskan perut lapaq hampa. Anak-anak yang susah nak makan nasi pon suka nasi ayam Hainan ni.
Ha, yang mana dah terbayang-bayang tu, pi la panggil sedara-sedara ajak makan ramai-ramai. Ni alamat dia 145 Lorong Bukit Panchor 2, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. No.telefon 019-559 7587.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pages/Nasi-Ayam-Hainan-Bukit-Panchor/787495157986348?ref=br_rs
3. RIZQ Bistro
Restoran nasi arab yang menyajikan menu seperti Nasi Mandy, Mandy ayam cheese milano dan juga chicken chop. Untuk yang nak bawak family makan luar tu, boleh la singgah kat RIZQ Bistro ni. Memang ada aura kearabannya disitu. Untuk family bolehlah order set family. Memang kenyang sampai semput la nanti.
Hampa boleh add on pencuci mulut iaitu pudding caramel. Tempat makan yang unik dan selesa. Ada berita baik buat hampa suma. RIZQ Bistro ada buat promo lunch sampai 31 Mac 2020. Memang jimat habis la. Waktu operasi bermula 12pm sehingga 12 am hari Isnin hingga Ahad.
Ha, jom la singgah sat makan dulu. Tinggal sat kerja tu .Ajak member-member ofis sekali. Jangan la kenyang sorang-sorang. Untuk yang teringin nak try ni alamat dia Taman Pekaka, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Kalau nak call pon boleh, lagi senang. 01124277469.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nasiarabterbaikpenang
Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengahari best di Nibong Tebal, Penang ini? Habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.